Pages

March 28, 2011

Dulce De Leche



Hati tengah syahdu... tiba2 terkenang hubby yg mungkin kala ni baru je landing kat bumi arab yg tengah bergolak tu..  Selalu takle rasa macam ni.  Tapi petang tadi bila tengok Fawwaz tidur tergolek atas comforter depan TV, rasa macam kesian pulak.  2-3 hari lepas dia sangat gembira dan manja terlebih dengan kehadiran abi nya.. sampai pening saya dan nak marah je, sebab banyak betul kerenah si kecik tu.  Abi cakap terkuat suara pun dia boleh merajuk ingat marahkan dia... mmmmm.  Sayalah juga yg kena handle..

So, utk mengurangkan perasaan tu, ke dapurlah.. dapur comel ku itu!  Mula2 buat dulce de leche.. sambil tu buat apam dot2.  Ingat nak buat secara rebus sekali tong susu macam org lain buat.. tapi periuk tak cukup besar, tak terendam kesemuanya.  Malas nak korek kat stor!  Buatle method oven.. senang juga.  Saya tanya google, cari cara paling mudah.  Lepas tu nak cerita juga... apam dot2 ku cuma 3 yg menjadi.  Yg lain mekar sebab baking powder biasa abis, guna yg double action.  Dahtu lupa nak men'dot2'... dah tinggal 4 ketul nak kukus baru perasan.. adohhh!  Memang jiwa kacau aku petang nih!!!


the best match... yg ni balance macaron yg rosak semalam.. jaaadilah nak buat posing jer :D



OK lah.. tgk camna saya buat dulce de leche nih..

Bahan:

1 tin susu pekat manis - saya guna jenis F&N
Bekas baking kaca

Cara2:

1)  Buka tin susu dan keluarkan isinya ke dalam mangkuk atau bekas kaca tahan panas (boleh masuk oven).  Tutup rapat dengan aluminium foil.
2)  Panaskan ketuhar (preheat) dahulu dengan kepanasan 210-220C
3)  Masukkan bekas berisi susu dengan kaedah seperti 'bain marie" iaitu dialas dengan bekas lain yang berisi air panas (sama paras dengan susu)
4)  Bakar selama lebih kurang 1 1/2 - 2 jam.. selalu check air, jangan sampai kering
5)  Keluarkan bekas susu dan kacau sebati dulce de leche tersebut.. Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk..


Yang ni nak enter frame je... hehe

March 27, 2011

Macarons


Yeah.. akhirnya terlaksana juga project macarons ku!  Punya nak tau apakah rahsia dan rasanya itu macarons sampai nak 'ngencess.."... Cuba nak order thru' internet, tapi mungkin org tu sibuk sangat atau terlalu minimum yg saya order.. hehe!  Akhirnya senyap je walau saya dah ready nak bank-in duit.  Takpe.. takpe!  No hal punya..  Setelah dekat seminggu tutorial kat youtube dan skodeng kat blog Yani di Deco Choco dan Rima di Bisous A Toi terus kuat semangat nak mencoba.  Saya, walau hanya sekadar 'silent reader', memang selalu menyinggahi 2 blog itu sebab hasil kerjatangan dorang yang mantap! Kemas je kerja2 dorang tu..

Tak pasti inikah rasa sebenar macarons.  Satu hari nak kena rasa juga yg dijual di luar sana untuk buat perbandingan..  Resipi saya CNP Deco Choco...


(Sumber : http://decochoco.blogspot.com/2011/02/macaroon.html)


   Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):

  • 2 biji (80gm) telur putih L size (saya tambah sebiji lagi tapi bukan semua.. simpan dalam peti sejuk dalam 4-5 hari atau sekurang2nya 24 jam)
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder 
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila (saya ikut Rima guna 1/2 tsp lemon juice)
Inti/fillings boleh ikut citarasa: Dulce de leche, peanut butter, chocolate ganache, mocha, dsb... tanya en google pun boleh..

Cara-cara:

  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu) - kalau nak buat swiss method, tgk cara rima.. 
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan (kaup balik) macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (Saya set 15 minit je, guna oven/dapur Zanussi). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
proses pengeringan secara semulajadi... :) 
 
Kalau tersilap cara boleh jadi macam ni... macam kuih bangkit :(

Dah siap, tapi belum ada idea nak taruk fillings apa... tgk! ada kaki/skirt pon... tp belum tahap memuaskan nih!


Nota:  Rasa macarons saya ni memanglah manis, tapi ada rasa almond... rangup di luar, lembut dan kenyal (kot?!) di dalam... Saya cuba balance kan kemanisan tu dengan menggunakan peanut butter.. lagi pun inti ni paling cepat kudapat... sat je gi carrefour kat endah parade tu.. hehehhh


Selesai sudah misiku...


March 23, 2011

Ku Seru...

Tak datang2 seru neh.. Dah 3 minggu kat M'sia, makin lembut tapak tanganku..heheh!  Setakat ni cuma baking red velvet 2 kali, kek belang versi alunan kasih dan testing apam blossom sekali... Tapi tak boleh tunjuk lagi apam tu, sebab versi nak cepat... main putar2 je.  Tak sessuai utk dipamerkan..ngeee!  Baru kejap tadi separate kan telur kuning dan putih dan simpan kat peti sejuk.. Kekononnya nak try test uji resipi macarons.  Hari2 duk tutorial kat depan lappy.. harap2 menjadi le nak buat tu sebelum en hubby balik semula ke Bahrain (patut saya pun balik sekali).  Saya pulak rasa macam taknak balik terus ke sana bila mengenangkan suasana yg belum pulih dan anak yg tengah dalam proses terapi bercakap.


Entahlah... mungkin nak kena tunggu makan nasi lemak sambal kerang dulu baru dapat mood memasak.  Hei! Berapa lama daa mengidam sambal kerang neh.. Seriously belum jumpa lagi.. Hari tu nampak rendang kerang yg pucat je ghopenya kat Sg Besar, langsung tak teringin..  Kena cari kat KL juga, dkt area rumahku ini.. tapi di mana ya...

March 3, 2011

Menunggu Seru.. Apam Polkadot

Esok dah nak balik Malaysia.. tak lama, tak sampai sebulan pun.. 4 - 28 Mac je!  Alamatnya gantung periuk la kite.. Nak rasa airtangan makcik bongsu ku tu pulak!  Tapi kekadang dia pun gantung periuk hahahaa!!!

Nak kata hari2 tgk apam kat blog Am-Flora.. Sangat memotivasikan!  Saya sedang tunggu seru nak cuba apam polkadot tu.. dah tertarik sangat dengan warna-warninya.  Selain tu seru nak cuba macarons dan cheese tart.  Bahan2 macarons macam dan ada dalam gobok, cuma 'M' jee...  Nak attend mana2 kelas, harap angan2 je.  Banyak kekangan.. Bila tengok kebanyakan kelas2 pilihan yg bakal dianjurkan, takde yg menepati masa.. Kenalah tunggu next balik kampung.. May to.... ?

Kali ni nak fikir makan je.. nasi lemak sambal kerang & paru erkk!! kenyangnya... Tapi kalau nasi lemak 50 sen kat kg Sg Air Tawar tu, sedang2 elok masuk perut.  Pemurah betul pembuat2 kuih kat situ.. sedap dan murah kuih2 dorang.

Till then.. ADIOS!!  CU next season!


March 2, 2011

Naan

The best naan from my kitchen.. :)

Fawwaz memang suka roti.. especially roti canai/paratha.  Sekarang ni kalau beli roti arab atau naan ni suka betul dia.  Semalam pulak bila tengok dia makan tortilla kosong sampai 2 keping, terus rasa nak buat naan sendiri.  Bukan susah sebenarnya, cuma nak seru je.. Cuma bila naan tu dah siap dekat maghrib, Fawwaz tidur tak mau bangun sampai pagi tadi pukul 3.30 am (dari lepas asar tuu..).  Mak la yg kena layan anak yg dah nyanyi2 segar dan bugar tu.. Yoyolah dah set alarm pukul 5 pagi!


Resipi naan macam biasa dapat dari myr.  Resipinya sumbangan Diana.. tapi saya buat separuh adunan, dapat 9 keping yg sedang2... Makan untuk malam dan pagi..

Bahan2:

4 1/2 cwn tepung gandum
1 paket yis kering (utk 1/2 adunan saya guna 2 1/2 sudu teh)
2 sudu teh gula
1 cawan air suam
1 biji telur (pukul)
1 1/2 sk garam
1 sk baking powder (saya guna double action)
2 sb mentega cair/olive oil (saya guna olive)
4 sb yogurt

Cara2:

1)  Campurkan yis dan gula dalam air suam dan ketepikan 5 minit (atau hingga yis bertindakbalas/berbuih)
2)  Gaulkan semua bahan2 yang lain dalam besen dan masukkan bahan (1)
3)  Uli sampai jadi doh dan halus dan licin.  
4)  Perap sampai naik 2 kali ganda (dalam 20-30 minit boleh la..) 
5)  Bulat2kan kepada 20 biji atau boleh juga timbang 60-70 gm (ikut suka besar mana). Canai atas papan. 
6)  Bakar atas non-stick pan tanpa minyak (sampai keluar gelembung2) di kedua2 belah.. Api kecil je!  Boleh juga bakar kat oven..

2 kali makan pun tak habis... dah pagi panaskan semula. Very the lembut...

Malam tadi saya makan dengan ayam tandoori dan tabouleh, sejenis salad arab macam bawah ni.  Bahan2nya ialah daun parsley, daun pudina (saya tak letak sbb takde), tomato, bawang besar, sedikit garam, air lemon dan olive oil.  Patut ada bahan lain, tapi ini simple punya ikut apa yg ada...


Untuk sarapan pagi ni, cicah dengan sambal sardin.. walla the best match!  Tumis sambal macam biasa, letak sardin hancur2kan...