Pages

January 20, 2011

Air Halia

Batukku semakin menjadi2 terutama waktu malam.. Sakit tekak sekali.  Dahle kita ni memang jenis batuk sepanjang tahun, pantang sejuk sikit... Dapat pulak lepas minum nescafe ke.. aduh menjadi2.. Tapi degil nak minum juga... Teringat2 air halia makcik Ika empunya pelbagai menu sedap dari kota Jogja... dah lama tak buat n lupa.  Tak silap dia letak halia, serai, pandan dan gula... nyaman je masuk tekak. Masa pantang kat hospital dulu puas minum..

Petang semalam saya pun buat air halia mencedok sikit idea blog Hana cuma tak letak madu sebab tak cukup... Lega tekak yang perit ni bila meminumnya panas atau suam sebab ada pedas2 dan berangin... Mungkin sebab badan ni tak berapa berangin, takde la gas metana dan kuncu2nya keluar tanpa kawalan... kih kih!!  Satu lagi tip nak melegakan tekak yg perit akibat batuk ni ialah menelan cili padi yg dipotong2.. Kita dah testing tadi masa makan mee goreng, best betul. Panas je kat tekak yg sakit tu!





Bahan2 air halia:

3 inci halia - potong nipis atau halus
2-3 sudu gula (ikut suka)
3 gelas air
2 sudu besar jus lemon

Cara2:

Rebus air bersama halia hingga mendidih dan halia layu.  Masukkan gula dan jus lemon.  Angkat dan minum suam2..


 Halia tak mau masuk gelas.. tinggal kat jug je.. :)

No comments:

Post a Comment