Pages
▼
October 28, 2010
Nasi Lemak Cik Siti
Kat blog cik siti's world aku dah cerita tentang keteringinanku terhadap nasi lemak sambal kerang... beli atau bungkus punya. Kena tahan dulu keinginan tu sampai hujung November nanti masa balik KL. Pagi ni dek teringin sangat dan tak sabar nak tunggu esok (weekend di Bahrain), akupun buatle nasi lemak biasa sambil2 goreng karipap. Nasi tu kira terlembik sikit.. aku suka yg peroi.. Esok punya breakfast, biar aku fikir nanti malam. Selalu weekend memang kena breakfast yg berat2 sikit sebab selalu skip lunch dek kerana sibuk mengurus groceries..
Tak taulah samada cara aku buat nasi lemak sama ke tak dengan orang lain.. tp kekadang ada jugak tengok kat resipi mana2, ada yg lebih kurang dan tidak...
Bahan2 dan cara2 untuk 2-3 orang:
Nasi:
1 1/2 cawan beras (aku guna basmathi, selalu jadi double bila masak...) - cuci siap2
1 ulas bawang merah
1 cm halia
2 cubit/jemput halba (dalam 1/2 sk kot..)
1 batang serai - titik
1 helai daun pandan
Santan dan air - agak2 jelaa..
Sedikit minyak (dalam 1 sb)
1/2 sk garam
Cara2:
1. Hiris halus bawang dan halia.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang, halia dan halba sampai wangi.
3. Masukkan santan dan air secukupnya, diikuti serai, pandan, garam dan beras.
4. Biarkan sampai masak... nasinya akan jadi lemak dan wangi...mmmmh
p/s: Kadang aku tak tumis pun... masuk je semua sekali (tanpa minyak) dalam periuk dan masak... jadi juga nasi lemak hehehh...
Sambal:
3-4 sudu besar bawang merah dan putih yang dah siap dikisar (aku memang suka simpan stok bawang kisar)
3 sudu cili kering kisar (ikut tahap kepedasan cili)
1 sudu gula
1 sk garam (atau secukup rasa)
1 inci belacan - hancurkan
1/2 biji bawang besar - hiris kasar
Minyak
Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sampai sedikit kering atau hilang maung bawang tu... warnanya akan jadi merah tua dan. minyaknya keluar Rasakan gula dan garamnya... aku suka sambal yg manis2 sikit, orang lain mungkin lain citarasa...
Lain2 aksesori wajib: Ikan bilis goreng, timun, telur rebus dan kacang goreng..
No comments:
Post a Comment