Lama tak masak kari.. Petang tadi aku buat kari ikut resipi kat bungkus dia, cuma aku ubah sikit2. Methodnya lain sikit dr yg selalu aku masak..
Bahan2 (utk 2 org makan):
1 ekor ikan bawal dipotong 2 atau 3
3-4 camb serbuk kari ikan Faiza
1/2 camt Halba
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 ulas bawang besar - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 biji cili hijau (td aku guna cili merah)
1 biji tomato - potong ikut suka
1 camt asam jawa Adabi
1 tangkai daun kari
Santan cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak
Cara2:
(1) Serbuk kari, asam dan garam dicampur dengan sedikit air.
(2) Tumis halba seketika. Boleh juga letak jintan manis sekali (ikut resipi asal)
(3) Masukkan kesemua bahan hiris iaitu bawang, halia, cili, tomato dan daun kari. Tumis sehingga naik baunya.
(4) Masukkan campuran serbuk kari dan biarkan dalam 10 minit.
(5) Masukkan santan dan ikan. Bila dah mendidih dan ikan masak, boleh angkat.
Note: Kalau aku suka kari yg dimasak lama2 takpun overnite kari. Boleh juga letak kacang bendir, lagi bestt..
Ct,
ReplyDeleteKalau tak sempat nak beli santan or dah tak de stock kat rumah (normally setengah orang suka froze santan), tak payah pakai santan pun. Sedap jugak but kurang lemak dan kalori... ya ker? Tekak orang Melayu mana boley kurang lemak kan...
- yy-