Pages

January 26, 2016

Orders - Brownies & Opera Cake

Lama tak update orders...
Sebab akak kan memang dah kurang kerajinan baking.. huhu.
Tapi minggu semalam akak setuju ambil order brownies dan kek yang dah lebih setahun akak tak buat iaitu kek opera..
Alhamdulillah.. semua selamat tiba ke tuannya..
TERIMA KASIH Anis dari Polimas dan Mimi, regular customer akak yang paling senang nak deal.. ;)


Penambahan nama last hr.. ehehh

January 25, 2016

Ayam Varuval


Menu semalam.. Dah teringat2 resepi yang akak skodeng kat page fb MAHN yang di 'post' oleh Sis Kalaivani iaitu ayam varuval, indian menu yang bermaksud ayam garing. Maka dengan gigihnya akak masak sambil mengadap resipi di fb.. eheh!

Memang sedaplah.. tak caya coba ya! Cuma akak tak follow exactly kuantiti bahan tu macam yang Kalai letak. Akak main jeling2 kuantiti ayam nak dimasak tu dan sediakan bahan2nya.


AYAM VARUVAL

Bahan2:

Untuk perapan:
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana
5 ulas bawang putih - tumbuk/kisar
2 inci halia - tumbuk/kisar
Serbuk kari - secukupnya
Serbuk kunyit - secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan2 lain:
2 sudu kecil jintan manis (kasar)
6-10 biji cili kering - potong kasar
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - tumbuk
2-3 labu bawang besar - hiris
1 biji tomato - potong kecil2
3 tangkai daun kari
3 sudu cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
Garam dan gula secukup rasa


Cara2:

1. Perap ayam bersama bahan perapan selama 1 jam.
2. Goreng ayam tersebut sehingga masak (golden color) dan angkat.
3. Goreng jintan manis seketika. Angkat dan ketepikan.
4. Goreng dengan sedikit minyak bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga bawang keemasan. Angkat dan ketepikan.
5. Panaskan  minyak secukupnya dan tumis bawang merah, halia dan tomato sehingga bawang bertukar warna (layu). Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Tambah garam dan gula dan seimbangkan rasa.
6. Masukkan bahan-bahan yang digoreng (step 3 & 4) dan kacau.
7. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan kering. Tak perlu ditambah air kerana masakan ini seharusnya kering ya adik2.. :D
8. SIAP!!



January 2, 2016

Personal Class.. :P

Hari tu punya cerita..

Tiba-tiba adik ipar menyuarakan hasrat nak belajar buat blueberry cheese tart. Kebetulan akak pun tengah free la jugak.. terus setuju. Maka jadilah my first personal hands on class.. Cuma sebab dah lama tak buat, hilanglah sikit skill nya. Dah habis kelas dan 'student' dah balik baru rasa tart tu.. rupanya kurang rangup.. ehehh jadikle le ajaran sesat! Tapi rasanya yang indah tu buat akak terpaksa bercita-cita nak buat lagi. Lama sangat tak makan kott..

Pagi tadi sempat la jugak berekspremen dengan resipi tart yang lama dah di ruang maya dan tak pasti akak pernah try ke tidak.. Guna majerin instead of butter yang selalu akak guna. Tunggu saat rajin pulak nak buat filling nya..

Kejadian sesudah siap dibakar..

Tunjuk tangan dia je... hihihi.

Habis belajar, order carrot cake walnuts pulak.. T.Kasih yeee!!