Pages

February 24, 2015

Tempahan Cheese Tarts dan Chewy Gooey Brownies

Siaran tertangguh...
Sebenarnya dah beberapa hari lepas kejadiannya..
Tempahan brownies dan blueberry cheesetarts oleh Syafiqah untuk majlis pertunangannya..
Moga2 segalanya telah berjalan dengan lancar dan hasil airtangan akak pun baik2 belaka..
Risau juga sebab akak buat dalam keadaan tak berapa nak tenteram walau hakikatnya akak tak busy mana pun hari tu.. betul2 hanya siapkan tempahan ni..
CNY mood gitu.. first time CNY akak tak balik kampung.. takut mengantuk masa driving sebab tgh musim panas.. di samping tak sangka cuti sekolah lama :'(

TERIMA KASIH SYAFIQAH... ::)




Sorry ye buat yg menghubungi.. Akak belum datang seru nak baking n deco kek lagi.. Setakat cheese tart dan brownies saja.. dengan notis tak kurang 1 MINGGU. Mungkin kalau yang tak perlu heavy frosting macam snow cheese cake can be considered.



February 9, 2015

SAMBAL GORENG KERING CIK SITI

ASSALAMUALAIKUM...
MACAM LAMA TAK JENGUK SINI..
TAKPALA... AKAK BELANJA STIKER JE LA NAA... HIHI



February 4, 2015

Apabila Bulan Mengambang Terang..

Bulan mengambang cantik kat luar tu... Sesekali nampak dari celah2 vertical blind rumah akak yang menutupi sliding door. Yelah, nak lain dari yang lain kununnya.. orang letak langsir ropol2 kat pintu, akak letak blind plain ja.. Dapat angin timoq tu tengah mengganas dan mendayu2 bunyinya, memang serem nengok blind tu menari2... hihi!

Macam lama rasanya tak menghapdet blog ni.. yeke? Malam ni ingat nak busy kan diri juga.. tapi bila mula pegang netbook comots ni, terus rasa nak rehat.. No hurry! Dapat pulak kerepek Ngaku duk sebelahnya.. lama tak mengudap2 dengan tenang.

Kisah beberapa hari hingga ke hari ini... Sebenarnya saya dah menolak beberapa pertanyaan untuk membuat kek dan cheese tarts disebabkan tak sempat. Sambal goreng akak dah terlajak laris walau tak la selaris qu puteh. Disebabkan baru, akak beri laluan dulu pada SG sambil2 memantapkan rasa dan kualitinya.  Kek yang di bawah ni, dah berminggu2 dulu ordernya.. Masa akak tak berapa sibuk lagi.

Kek Snow Cheese yang ditempah oleh Iejan, the bday girl.. Lepas tu Iejan beli 5 bekas sambal goreng.. nak promote kat kawan2 kolej kat Melaka katanya... TQ ye dear.. suka akak layan si Iejan ni.. :D
Sambal Goreng Kering yang sedang rancak dijual... MARI! MARI! TAK CUBA TAK TAU... ;)
Chewy Gooey Brownies tempahan dari Fizah... Ini kira order yg masuk di waktu yg tepat. Asalnya akak tolak tapi tiba2 bila ulang dengar nama BROWNIES dan bahan2 semua cukup dalam stok, akak terus setuju. Sambil goreng tempe, sambil godek brownies gitu... hehe! 

OKlah.. terima kasih daun keladi buat Iejan, Fizah dan semua pelanggan sambal goreng kering cik siti ya... Akak nak masuk tido.. Gud Nite alls.. lebiu!!