Pages

January 29, 2015

Aktiviti Minggu Ni.. CHEESE TARTS, KEK & SGK

AKU TANYA APA KHABAR... APA KHABAR... SEMUA... (nyanyi dgn perasaan romancinta ya..)

Assalamualaikum semua.... lama sudah kita tidak ketemu ya... Sejak akak belajar2 jadi saudagar TEMPE. Hidup dihantui tempe gitu... bak kata Dr Azizan, huru haraa... 

Rindu pada aktiviti baking, tiba2 order masuk hujung minggu lepas untuk delivery minggu ni.. Repeat order untuk CHEESE TARTS dengan choc filling dari kawan dan kek CHOCOLATE MOIST serta CHEWY GOOEY BROWNIES oleh kekandanya.

Semoga menepati citarasa.. Terima kasih FIZAH dan KAK ZAIDAH!!

Comei tak KAK TAT??? hihi...
Kek coklat moist bersaiz 9" x 18" untuk birthday teachers..
Brownies bersaiz 7 1/2" x 8"... mengecut kekdahnya 
 
Nak enterfrane jugak... sambal goreng kering tempe kentang versi jawa utara yang terlajak larisss... sudah sampai ke merata tempat di tanah Malaya.. Alhamdulillah.
Anda, bila lagi nak rasa??? :D


January 18, 2015

Sambal Goreng Tempe Kering

SAMBAL GORENG KERING a.k.a sambal kering tempe chop Airtangan Cik Siti sudah memulakan soft launch minggu lepas dan bergerak semakin laju pada minggu ini. Setakat ni mendapat feedback yang positif dari yang pernah rasa. Seperti yang akak pernah katakan, sambal ni adalah resipi asli Jawa. Apabila masuk je ke dalam mulut, kita ada dapat rasa yang unik... nikmat gitu.


Dimakan dengan nasi panas..


Packaging pelbagai dari 1 kg, 500g, 200g (bekas tutup merah) dan 100g (bekas taufufa)


******************************************************

Antara testimoni.. yg sudah diedit part merapunya... :D








January 17, 2015

Blueberry Cheese Tarts

Submission harini... 
Ehehh... macam buat assigment sekolah pulak..
Blueberry cheese tart untuk majlis bertunang yang ditempah dari kejauhan.. oleh Ida untuk adiknya, Mas.



Terima kasih dear.. sebab sudi terima seadanya.
Sebenarnya ada kisah duka di sebaliknya...
Pagi2 kucing yg suka bermanja mati kena langgar...
Satu set cheese tart akak dah buat, rupanya itu order yg tak confirmed.. so tidaklah diambil... mungkin jadi rezeki orang lain.
Selalu tu memang kita ni rajin follow up sebelum mulakan kerja.. tapi adakala kita ni sibuk dan terlepas pandang... masa tu lah kita buat silap. Takpelah... nak buat camna kan.. Ini pun dah jadi upacara part time akak je..


Alhamdulillah... sambal goreng akak semakin mendapat tempat di hati customer. Cuma akak yg belum mampu nak buat banyak2 sekali harung... kejap goreng tu, kupas ni, racik tu.. pergi kedai, hantar ambik anak, masak, cuci itu ini... sticker tak buat lagi... mmmm gitulah kan. Tapi kali ni memang semangat akak lain macam...
Jadi, slowly my cake fan (kekononnya lahhhh... huuuu) will no more see my cake here, in this blog or fb. Akak nak jimat letrik untuk 2015... hehehe.



January 10, 2015

Happy Birthday Asif

Order diterima daripada Pn Salina dari Langgar.. Alhamdulillah & terima kasih ya! Moga menepati citarasa walau tak dapat memenuhi permintaan asal iaitu design Angry Bird Star Wars... Bila dah siap kek baru terkedek2 nak research apakah itu.. Maklum hero mokcik tu dah lama tak nampak main angry bird..

Sebenarnya minggu lepas ada beberapa pertanyaan tentang kek bertemakan kartun semasa yang digemari kanak2 masakini. Tapi mokcik ni memang agak phobia dgn permintaan sebegitu sebab mokcik tak pakar.. Konsep mokcik masih simple and easy je.. namun sedaya upaya menyediakan kek yang sedap menepati citarasa pelanggan. Selebihnya diserahkan kepada yang merasa samada betul2 menepati ke tidak sebab lidah masing2 tak sama kann... huhuhu.

Pn Salina order kek rainbow dengan cream cheese frosting dan chocolate cupcakes...





P/S: Akak sekarang tengah aktif dengan projek SAMBAL GORENG TEMPE KERING... setakat ni sambutan amat menggalakkan membuatkan akak rasa nak press gear laju2... tapi sehari dua ni akak kena cutikan dapur kejap sebab ada personal cum family matters... Nanti lepas anta anak ke sekolah Ahad tu, akak pressss gear naik bukit deh... hahaha!


January 4, 2015

Kek Pelangi untuk Suaminya..

Done for today... kek rainbow with cream cheese frosting yang ditempah oleh Pn Zalina. Terima kasih untuk family ni yang dah buat order ulangan.. Akak suke2..



Semoga menepati citarasa.. ;)


January 1, 2015

Pembukaan 2015

Tempahan pertama untuk 2015... Alhamdulillah.

Chocolate cake dan choc cheese tarts ditempah oleh Fizah untuk birthday anakanda. Walau satu tray tart rosak akibat kecuaian akak, Allah tetap permudahkan urusan. Akak press pedal laju2, redo semuanya sbb buat tart shell pun ngam2 je.. konon taknak membazir kalau berlebih hehe!




Ini terpaksa ku makan sendiri... huhuhuu gumuk la mokcik neh


Terima kasih Fizah & family atas order ini... Mohon maaf atas kekurangan.

Semoga 2015 ni kita dikurniakan rezeki Allah yang bagai air mengalir.. Aamiin.