Pages

December 30, 2014

Sambal Goreng Tempe


Kami orang Jawa panggil makanan ni sambal goreng je.. Tapi bimbang orang confuse, kita letak nama SAMBAL GORENG TEMPE KERING. Dalam masyarakat kami ada 2 jenis sambal goreng tempe ni.. satu yang kering dan satu lagi basah. Rasa pun berbeza. Kalau yang basah untuk dibuat lauk sahaja, tapi yang kering ni selalunya dibuat kudapan sebab rasanya agak manis namun bercili.

Selalunya akak beli je dari orang kampung atau di pekan apabila balik kampung. Paling tidak makan yang makcik beri atau dari bekas 'berkat' kenduri kawin. Kali ni akak teringin nak buat sendiri. Buat ikut citarasa lidah sendiri. Maka, taraaaa.... my FIRST sambal goreng. Buatnya tidaklah sesimple sambal merah tempe yang biasa kita buat lauk tu. Yang ni resipi asli, ada rasa masam, manis, garam, cili, lengkuas, gula merah/melaka... Perlu timing dan kuantiti yang betul bagi mengelakkan bahan2 menjadi lemau. Sambal goreng yang baik ianya kekal rangup walau terdedah lama di luar. Namun sebaiknya disimpan di dalam bekas kedap udara.


Kalau nak rasa, boleh roger2 akak.. yg ni boleh jarak jauh, bukan hanya di Kedah sahaja... ;)


December 25, 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Pagi yang bercahaya.. ada sinar mentari awalnya. Namun kini kelihatan mendung mula berarak.. Cukuplah cuaca pagi setakat ini membuat akak cergas bergerak. Membuang segala kemalasan sejak balik ke rumah comel ni Isnin yang lepas. Semalam saja terasa seperti berada di negara yang sejuk. Terkenang zaman duduk di Bahrain pada musim sejuk dengan hujan yang turun sepanjang hari. Hibernate macam beruang kutub..

Awal2 baju dah tersidai di ampaian dengan memanjatkan syukur dan berdoa agar panas sampai ke petang. Setakat sidaian kering pun sudah cukup. Awal2 juga akak dah tanak dan sarapan dengan nasi panas berlaukkan telur goreng, bilis, sedikit rendang dan daun salad. Rasa macam nak gi bendang pulak.. hahaha!

Sambil tangan tak sudah2 menjeling dan mengetik whatsapp. Laporan banjir semasa dari kawan2 terutama yang tinggal di Kelantan dan bersaudarakan orang2 Kelantan.  Sukar akak nak bayangkan ujian besar ini. Perasaan yang sama masa peristiwa MH. Resah, risau, berdoa sepanjang masa. Moga2 Allah angkat doa kita semua. Moga2 Allah kasihi mereka seperti kisah kasihnya Allah kepada Nabi Nuh dalam surah Hud.  Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Hasbunallah wa ni'mal wakeel.. Tiadalah yang mampu meredakan keadaan melainkan kuasa Allah ya Rahman ya Rahim.

Gambar ihsan Malindo Air 25/12/14

December 4, 2014

Kek Span Pelangi a.k.a Rainbow

Hari ni akak nak kongsi resipi yang selalu akak guna untuk buat kek rainbow a.k.a kek pelangi. Bila akak suka akan rasanya, maka yang inilah akak digunakan selalu. Mana tau akak nak bersara dari buat kek atau sapa2 yg teringin boleh buat sendiri... Memang akak selalu rasa nak berenti sebab rimas tengok dapur sentiasa tak kemas. Maklum ruang tu kecil dan open.. dari semua sudut boleh nampak bila ada projek tu.

Resipi asal akak cedok juga dari internet tapi memang tak ingat sebab dah bertahun2.. Akak doakan pemilik asal resipi ni sentiasa dikurniakan pahala yang berpanjangan asbab berkongsi resipi tanpa sempadan.

Sebelum tengok resipi tu, kita nyanyi dulu... somewhere over the rainbow, blue birds fly.... birds fly over the rainbow, why oh why can't I.... dengan sore yg bergetar2 ye... hehehe


KEK SPAN PELAGI (RAINBOW)

Bahan2:

200g tepung superfine
1 sk baking powder
6 biji telur
180g gula kastor
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
100 ml susu segar/full cream
110 ml mentega cair
6 jenis pewarna - merah, oren, kuning, hijau, ungu dan biru
Perisa mengikut warna (optional)

Cara2:

Ayak tepung dan baking powder terlebih dahulu.
Masukkan telur, gula, ovalette, tepung dan esen ke dalam mangkuk pengadun. Putar selama 10 minit hingga adunan likat dan gebu.
Tuangkan susu dan putar lagi 5 - 10 minit atau hingga adunan menjadi ringan.
Masukkan mentega cair dan sebatikan dengan cara kaup balik menggunakan spatula.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, berat lebih kurang 145g setiap satu.
Masukkan pewarna dan perisa jika suka.
Bakar dengan suhu 165C atau mengikut kebiasaan oven masing2 selama 15 minit atau hingga masak.



CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2:

500g cream cheese (sebarang jenama)
100 g mentega
270 g gula aising - ayak dulu
1 sk serbuk vanilla

Cara2:

Pukul cream cheese dan mentega hingga kembang.
Masukkan vanilla dan gula aising sedikit demi sedikit sambil memukul hingga cream menjadi gebu.

Nota:
Untuk sebiji kek pelangi berdeko penuh, perlu menggunakan hampir 2 adunan cream cheese ini.



December 3, 2014

Tempahan Kek Rainbow dan Opera

Alhamdulillah... Malam ni akak dah passed 2 biji kek tempahan Pn Mimi dari Paya Pahlawan Jitra. Mimi tempah 2 biji kek iaitu Rainbow dan Opera dengan design yg dah dipilih. Jadi, senang kerja akak. Tiru dan redo je hasil kerja ku yg lama.

Tapi kannnn... dah lebih sejam dia balik, baru akak perasan yang akak dah silap tulis nama adiknya yang nak bertunang tu. Alahai sayangg... asyik buat silap je bila terlalu berhati2. Memang dari awal mendeko akak dah rasa cuak. Kejap refer kat whatsapp, kejap tengok kat buku nota. Kat buku dah silap tulis nama dan dah siap dibetulkan. Tapi bila tulis kek, tetap salah eja nama tu.

Agaknya banyak sangat fikir benda yang lain2. Maklum tak dapat nak balik ke kampung halaman lagi.. En abe lak tengah jauh di KL & Melaka. Mak kena jaga rumah dan jawap soalan anak di manakah abinya.. Anak autistik ni kalau nak tau, dia akan ulang2 soalan sampai dia puas hati. Walau dah nampak macam faham, nanti dia tanya lagi.. Mak kena sediakan FAQ punya module jawapan hihihi. Tapi jawapan paling senang... haaaa haaa haaa.. OK. Dengan suara sedikit sengau.. :D



Yg ni salah tu.. patut Hazmil & Azliza.. minta maaf le buat bakal pengantin.. harap dihalalkan kesilapan akak yg rabun2 ayam tapi taknak pakai spek ni..

TQVM Pn Mimi... moga menepati citarasa.


December 1, 2014

Mangga Masam..

Hehehe... memang takdolah orang cari resipi manggo masam kan.. >.<

Dalam rumah ni, yang suka beli buah dan perabis buah ialah encik suami. Lepas tu yang tukang kupas dan selalu tak sempat makan melainkan masa mengupas ialah puan saya. Kalau buah tu sodap, manis boleh la rasa sikit2. Contoh macam nenas, mangga, tembikai dan betik. Kalau jenis masam macam oren tu, sikit2 je akak rasa. Bila masam sikit, nak tolong kupas pun mak malas! Akhirnya 2-3 bijik masuk plastik sampah bila dah makan minggu dan bulan. Kalau tak dikupaskan, memang jadi hiasan la kat peti sejuk tu... Akak memang anti buah masam.

Haritu ada sebiji mangga muda dan masam sesat dalam plastik pasar malam. Yang lain2 manis, dia je masam. Akak pun potong sekerat jalan. Kot2 abe nak makan hat sekerat yang dah terpotong tu. Rupanya, idokkk... dia pun tak sudi.. hehehe! Sementelah musim viral mangga asam boi, akak pun terfikir nak memeriahkan dapur tu dengannya. Memang tak pernah tergoda pun nak buat. Tapi dari dibiarkan sepi dan layu, akak belikan juga sepeket asam boi kat kedai wanwan.

Cara membuatnya: Potong kecik2 mangga tu, bubuh 2 1/2 sudu gula, tuang asam boi (adalah 5 biji kot..) dan 3 batang cili padi. Haaa.. tu dia! Pepagi lepas subuh tadi akak buat sampai terloncat2 bekas tu masa akak goncang2. Macam tak ikhlas je kan nak buat. Resipi asal kata, tunggu 4 - 5 jam dalam petisejuk, baru makan.


Masam2 manis dan bercili... Rasanya mungkin ambil masa nak habis walau cuma sebiji mangga... atau sekadar perhiasan untuk seminggu dua lagi... hahaha!