Pages

August 30, 2014

Durian Crepe & Kek Sarang Semut

Ni kira badi bingka ubi semalam belum abis.. huhuhu. Kali ni kena bertapa berjam2 juga depan oven.. Ke, oven ni dah mula tak friendly.. ayo tatayok!

Alhamdulillah.. rejeki hari ini ialah dapat menyiapkan tempahan seorang customer baru di Jitra ni juga. Yang sedang menunggu hari nak bersalin. Bila suami tanyakan pasal kek sarang semut, walau akak ni baru testing skill selepas bertahun tak buat, akak terima juga order tu. Best kan perasaan mengidam ni kalau dapat apa yang kita nak. Tapi akak tak merasa sangat perasaan tu. Sebab mengandung cuma sekali.. lepas tu brutal, tak berapa mengidam. Melainkan nak makan seskrim sundae McD dan selalu minum ABC bila keluar lunch. Mujur masa tu belum boikot McD... hehehe. Buktinya, bantal shrek tu masih ada kat kereta sampai la ni.. dah lebih 7 tahun tu.

En Suami orderkan durian crepe juga. Pun ada juga kisah nak dapatkan durian ni.. maklum dah tak berapa musim macam bulan lepas. Hehehe.. tapi kisah taklah sadis. Cuma akak kena jadi tiang bendera kejap kat gerai yang baru nak buka di hujung petang tu.. :D



Kek sarang semut ni bagi akak tak tahap cantik.. Minta maafla tuan/puan customer yang dikasihi. Moga2 bila dipotong, adalah ruang untuk semut2 bersarang ye... eh! hahahaha...  1st round akak tunggu berjam2 dari memerap sampai membakar selama hampir 2 jam tapi tak kering2.. huhu. Lepas tak puas hati, akak buat yg baru.. pun kena bertapa depan oven. Mmm.. must find solution nak kurangkan waktu melepak depan oven tu... Sebab rasa dulu, taklah sebegitu rumit..

TERIMA KASIH ditujukan buat customer tadi En Anizan dan isteri. Moga dipermudahkan urusan melahirkan nanti ye... :)


******************

Gambar di bawah adalah kerajinan akak hari ni untuk sarapan pagi. Walau abe takde, akak buat juga. Lagipun akak meme lebih rajin bila suami takde ni hehehe. Nasi impit versi sendiri bikin & bungkus dan kuah kacang. Rendang hitam ayam akak order je dari freezer ajaib akak tu. Macam2 benda frozen (homemade) ada. Tu yang akak rasa nak berpatah balik buat bisnes frozen.. Duk terbayang2 nak cari mesin uli baru..


Rebus nasi impit segera ni sambil buat durian crepe.. Sbb akak keciwa bila beli yg segera jenama N atau A tu, kerasle nasi dia.. buat sendiri lebih lembut dan sedap. Sapa lagi nak puji kalau bukan sendri..

August 29, 2014

Cerita Ubi Kayu

Dah lama akak tercari2 akan ubi kayu kat pasar pagi tu.. tapi macam tak pernah nampak atau mata akak yg kero..


Pagi semalam, lepas hantar Fawwaz dan isi minyak, singgah kejap kat pasar sebab nak beli bawang merah je.. Tapi, masuk je kawasan, mata terjojol tengok ubi yang panjang sangat. Jadi akak pun teruslah beli.. hat yg panjang lepas timbang harga dia RM1.80.. pakcik yg jual tu nak cukupkan RM2, ditambahnya 3 ketul yang kecik2.. hahaha. Terima kasih je lah pakcik nah..

Jadi, terus akak pasang niat nak buat bingka ubi. Pastu anak niat lain jugak... Menjelang tengahari akak pun mulakan projek. Terbayang2 bingka yg berkerak2 tapi lembut.. huwahhh sodapnye! Tapi sebenarnya dah makan tahun jugak akak tak membingkang ni. Membangkang ada la.. hahaha!  Lepas buat prosesnya satu persatu, akak pun bakor le dalam ketuhar Rubine tu. Hati ni sebenarnya terfikir nak bakar ngan pan ajaib tu je biar cepat siap, tapi gatai nak test si Rubine tu jugak.

Maka kejadiannya, to make it short, jadilah bingka ubi yang macam dalam gambar ni.. Selepas 2 jam membakar. Idokle keluor2 keraknye yong... kuninnn je. Malasla nak bazir letrik, sedangkan benda dah masak. Takkan nak bakor 3 jam... Tak berapa syiok la.. lembik sikit tu OK.. takde unsur kerak hitam ka perang ka, tu kira tak berapa OK.. pastu termanis sikit la.. Jadi, akak ambik keputusan nak simpan je, tak mau bagi orang makan benda tak best. Sian kau ubi kayu!


Apa2 pun, keinginan akak terhadap bingka ubi kayu airtangan sendiri sudah terisi. Sepinggan jugak akak dah ngap.. hihihi!  Lepas makan, minum air kosong banyak2..


August 26, 2014

Kek Sarang Semut

Tak ingat bila last buat kek ni.. adalah dalam sekali dua buatnya dalam beberapa tahun lepas...

Sejak malam tadi memang akak dah terbayang2 nak buat kek. Lapaq kek. Tapi mulanya ada dilema samada nak buat kek cheese leleh atau sarang semut ni. Cuma bila selak2 resepi, ternampak ada yang guna magic pan. Terus tetap hati nak buat kek sarang semut. Dulu buat bakarnya pakai oven je. Nak test cara yang lain pulak, yang selalunya mudah dan kejap. Tapi tadi, sebenarnya lebih lama dari biasa.. huhuhu.

Kali ni akak refer pada blog Resepi Cikgu Ani. First time buka dan terus cuba.. Tapi macam biasa, akak guna apa yg ada dan ikut suka je..


KEK SARANG SEMUT

A) Gula Hangus

Bahan2  :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu makan mentega/majerin

Cara2:

Masak gula sehingga cair semua dan berwarna keperangan (hangus).
Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga gula larut. Berhati2 sebab akak keluar buih atau percikan pada air gula tersebut. Bila gula telah larut semua, matikan api.
Masukkan mentega dan kacau sehingga cair semua.
Sejukkan.

B) Membuat Kek

Bahan2:
1 cawan tepung
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur (saya guna A)
1 cawan susu pekat manis (saya guna krimer manis je... lain tau!)
1 sudu kecil esen vanila

Cara2:

1) Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan ketepikan.
2) Putar telur dan esen vanilla sehingga kembang.
3) Masukkan susu dan pukul dengan kelajuan paling minima.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memukul dengan kelajuan minima
5) Masukkan gula hangus dan pukul sebati.
* Akan datang untuk step 3, 4 & 5 saya nak guna hand whisk atau spatula sahaja seperti yang saya ada terbaca 1 komen tu..
6) Perap adunan selama 2-3 jam (cikgu kata, tp saya tak buat pun... terus je bakar).
7) Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak keseluruhannya. Mengikut pengalaman, kek ini mengambil masa yg agak lama untuk masak (edited 30/8).

Untuk pembakaran menggunakan pemanggang ajaib (magic pan):

1) Pan tidak perlu dilengser
2) Saya alas 'stove' menggunakan wire rack oven.. rasanya tak alas pun tak mengapa. Gunakan api yg sangat kecil.
3) Panaskan sebentar pan untuk beberapa minit, lalu tuang semua adunan ke dalamnya.
4) Biarkan penutup pan terbuka sehingga keluar buih2 di tepi dan permukaan adunan. Biarkan sehingga buih hilang. Proses ni agak mengambil masa dan saya mula menutup bila buih masih ada tetapi hanya di bahagian tengah.
5) Kek akak masak cantik dalam masa lebih kurang 5 minit selepas ditutup. Ikut citarasa masing2 nak kek tu kelihatan bagaimana ye!

Nota: Tadi mungkin api saya terbesar sikit lalu menghasilkan sedikit kerak hangus di dasarnya. Tak kisahlah, sebab masih boleh dipotong bahagian yang cantik.. Walau tak diperap, sarangnya tetap ada.. T.Kasih kepada pemberi resipi... :)

Gambar2 peristiwa:

Antara bahan2 dan perkakas. Pemanggang tu baru semalam akak buat bakor ikan cencaru sumbat.. hehehhh
Yang dinamakan telur sudah kembang..
Api kena paling kecil.. ni pun besar jugak rasa sebab ada sikit kerak nan hangus. Saya panaskan dulu pan dalam 1-2 minit je
Mula berbuih... lama juga nak tunggu ni sampai nampak stabil.. sampai mokcik tak berapa nak sobarr
Dalam 5 minit je tutup, ginilah hasilnya... mula2 macam lembab permukaan tu, tapi pelan2 dia mengering sedikit bila sejuk
Yehaaa... tengok tu.. got lube lube small small one..


August 25, 2014

Mensyukuri..

Rasa bersalah bila terpaksa menolak rezeki..
Atau memang bukan rezeki diri..
Sering tak dapat memenuhi permintaan bila orang bertanyakan kek sebegitu dan sebegini.. yg fancy-fancy
Sebab akak memang kurang berseni dan jenis tak teliti.. yang ada ni pun anugerah semulajadi..
Jadi, kalau secara terus terang akak kata tak buat tu, dengan rendah diri sebenarnya akak memang tak reti..
Takut bila dicuba juga, stress nanti... :D

Sekian, madah beralasan... :P

Adohh... best kan hujan2 gini duduk depan laptop.. Perut pun dah kenyang baru lepas minum secawan kopi dan beberapa keping roti butterscotch Gardenia bersama en suami dan anak bujang tu, kat luar tadi. Padahal tadi abe tu suruh akak pi cabut rumput yang tak berapa dikehendaki kat laman tu. Malas la kak ni tunjuk kerajinan bila dia ada. Penuh berhelah.. hehehe.

Sekarang memang hari2 hujan. Air tasik kat sebelah tu pun dah ghope teh tarik kurang manis. Bila pagi pula, kabus berkepul-kepul keluar dari celah-celah bukit. Memang pemandangan yg ohsem!  Syukur ya Allah atas nikmat ini..



 Semoga hari-hari mendatang akan semakin indah dan penuh rahmat... Aamiin.


August 20, 2014

Kuih... Kuih... Makan.. Makan..

Haha... dah tak tau nak letak tajuk apa..
Saja nak letak juga entri baru kat sini, walau idea dah kering..
Semalam, walau perut meragam tak tau nak kata, kuat juga semangat akak buat kuih koci keledek. My favourite.. dan mudah je prosesnya bila dah ada stok inti dan daun pisang kat dalam peti sejuk ajaib tu.. Inti entah dari zaman bila, tapi keadaan dan rasa masih baik... Daun pisang pun sama, masih ada hijau walau menguning.. rasanya masa bulan puasa, beli kat pasar pagi.. Terpaksa beli seikat besar dengan harga RM2. Tapi betulla kata kakak yg jual tu, kalau simpan dalam petisejuk, dia tahan lama..

Sambil buat inti karipap untuk kenduri selamat adik ipar yang nak gi haji, sambil buat koci.. Makan berdua tak habis.. boleh stock up utk barang seminggu ni... Masuk je dalam chest freezer, nak makan kukus balik..


Tak taulah kenapa muncungnya tak tajam... hehe
 Goreng cempedak + cheese... tapi ada unsur kedukut sket..

 Aiskrim goreng... rangup.. sejuk.. 

Akhirnya, perut pun sesak dan senak...


August 17, 2014

Syawal Yang Masih Berbaki

Masih proses memperabis peningalan saki baki juadah raya... yg pastinya agak sukar tugasan ini.. hehehh!
Ketupat palas yg menjalani kehidupan sejuk beku jadi batu dalam chest freezer serbagunaku.. telah akak kukus semula selama hampir 30 minit sampai nak kering air dalam pengukus elektrik comel tu.. mujo tak terbakor ye..  Kejadiannya lembut dan masih lemak dan sedap dimakan dengan rendang hitam yang juga dibeku sebelum digoreng semula...

Biskut raya memang banyak lagi.. dan yang paling akak suka biskut cashewnut dengan tart nenas made in Sri Kembangan tu.. Tak boleh lawan punya! Makan pun kena berhemah, nanti cepat habis pulak.. hehehe! Punya kedekut, bila abe tanya biskut mana dia boleh habiskan? Jawab isteri mithali dia ni "kecuali yg cashewnut tu...".  Tart resipi makcik tu menjadi kegemaran kami adik beradik dan sepupu sepapat yg biasa bertandang ke rumahnya. Menjadi penanda aras kami akan citarasa tart nenas. Saingan terdekat ialah tart nenas Kak Lena, sepupu kami.. tapi adik beradik jarang dpt rasa sebab special gift untuk makcik dan dapat je terus kena sorok.. hahaha! Tuan rumah nak makan sambil feeling2 selepas raya.. Untungnya akak duk serumah, sempat cilok dulu.. :P


Macam tu lah kisah hari raya yg tinggal berbaki beberapa hari... Puasa 6 akak pun belum selesai.. harap2 takde halangan menimpa. Tinggal 2 hari je InsyaAllah + 1 hari extra untuk qada'. Lepas tu fokus untuk lain pula.. Nak tengok orang pegi haji pula.. Bestnya, indahnya... rindunya... nak bersusun2 di Masjidil Haram.. Memang beribadah di sana terasa lainnya... airmata pulak sangat murah.. Peliknya balik ke sini, susah betul nak nangis bila solat atau baca Quran.. Apapun, walau di mana, moga2 Allah terima ibadah kita.. aamiin.


August 13, 2014

Kek Carrot Walnut Lagi

Ini cerita semalam...
Dah selamat deliver carrot walnut yg dibahagi 2... :) Terima kasih Kak Ros & rakan..
Memang best buat kek ni sebab setakat ni tak banyak ragamnya.. Kejadiannya pulak sangat lembut dan moist..



August 11, 2014

Cerita Raya 1 @ Jitra

Majlis mini open house untuk adik beradik, jiran terdekat dan kenalan... Alhamdulillah, berjaya dilaksanakan walau tak ramai yang turned up. Fahamla... masing2 ada aktiviti sendiri.. Pertama kali kami buat sebab baru je pun duduk di sini... Rumah pun sedikit isolated dari yang lain2 di taman ni.. huhuhu.

Antara main juadah yang dihidangkan hari tu...

Outsourced SOTO MAK TEH... :)
Ketupat palas air tangan Kak Peah (biras) & Bayah (adik ipaq) yang sgt lemak dan lembut.. cheq xda lesen nak buat lagi, esp part bungkus rupa tanduk tu.. nak kena kursus ngan depa nanti... hihihi
Yang ni baru airtangan ahkak... ayam masak rendang hitam kak yah namanya

Ketupat yang telah dipotong
Tetamu VIP hehehe... Abang sulong somiku (Long Din), isteri Kak Ja' dan adik ipar Bayah yg sentiasa menolong tiap kali kami buat event.. :D

Antara tetamu yang hadir di petang hari... Sempoi je majlis kami, tapi nak jugak berkhemah bagai.. :P



August 10, 2014

Carrot Walnut Cake - Orders

Kejap tadi Kak Lena, kakak sepupuku datang pick up kek carrot yg ditempat.. 2 biji kesemuanya termasuk kawan dia punya... Alhamdulillah & terima kasih kakak ku.. hihihi!

Walau semalam akak tahap gaban penatnye mencuci perkakasan selepas mini open house kelmarin, kemudian baru nak keluar cari barang dan lain2 lagi perkara rumahtangga, segalanya selesai dengan excellent sekali. Langsung takde keluhan.. smooth. Sempat masak tengahari, cuci & sidai kain (lipat tak sempat..), baking & deco, iron baju... lassst sekali fengsan!!  Next open house will be in 5 years time.. kata suamiku  :D

Dan inilah hasil baking & deco tu... cantek tak kak ton??  Hantam sajalah.. lalala.  La ni kepala tengah toink toink! sebab ngantuk sokmo... Tadi lepas k.lena balik ingat dapatlah 15 minit nap, tetapi baru je melayang2, ada suara halus memanggilku dari toilet... nasib laaa... dah lepas asar pun, x elok tidoq.



Bawah ni pulak kisah hari Jumaat lepas. Sempat baking Pandan Layer dengan RV kukus saja untuk mini open house kami..
2nd time buat pandan layer.. kali ni lebih huduh dari yg 1st time tuu... tak cukup practice :(


August 4, 2014

I am back!

Assalamualaikum....
Kulonwon...! Hehe.. ini ucapan salam versi Jawa yg dah bertahun akak tak dengar.. Nanti tuan rumah akan jawab "monggo.."
Terus kenangan zaman kanak2 menerjah.. waktu rumah nenek masih di atas (rumah kayu). Hari ni rumah tu dah mengembang atas bawah.. bila raya jadi homestay keluarga besar kami, ada yg check in ada yg check out.

Akak dah selamat kembali hari Jumaat lepas. Walau dah tak puasa, mengantuk juga memandu sorang2 ni esp bila masuk highway. Sekali berhenti untuk luruskan kaki... next perhentian untuk nature's call.. next lagi terpaksa melelapkan mata juga.. Fawwaz di belakang, turn dia berjaga pula sebab dah tertidur awal2 lagi, waktu masih di kawasan Bota.

Sama juga masa balik ke kampung.. 3 kali juga berhenti sebab sangat mengantuk. Tu Kedah sampai Juru.. lepas dapat tidur di RnR Juru dengan hanya menarik hand brake, tak tukar gear, akak terus lelap.. Dah nak jalan semula baru sedar tak tukar gear tu... bahaya sungguh.

Takpelah... kita lupakan dulu kisah perjalanan raya.. yg sebenarnya rekod raya akak tahun ni paling buruk. Sebab tak jalan ke mana2 pun.. tup2 hari balik sudah menjelang. Tak boleh nak reverse dah.

Hari ni dah mula dengan kek pertama.. tempahan kek chocolate moist oleh Pn Ros dari Kelantan utk surprise ibunya di IPD Kubang Pasu. First time la akak meneroka ofis2 di IPD tu.. Berlayer2 nak masuk ofis.. layered macam kek2 akak jugak. Tak jumpa orang, main terjah je... Dari tingkat 2 ke ke tiga dan bilik ke 3, baru jumpa empunya badan.. hihi. Terima kasih ye Pn Ros...


Yang selebihnya kek2 masa hari raya.. ada lagi, tapi malas la pulak mokcik nak tepek sini.. hehe

Yang atas ni pulak kek carrot walnut tempahan akak sepupu masa raya...

Yang ni kek sponge rainbow untuk Qisya Inara, anak buah akak.. sempena hari keluarga kami sekali pada Raya ke-2