July 27, 2013

Tempahan - Blueberry Cheesecake

Walau mata dah kecik je sebab ngantuk sangat, tetap nak update my cake of the day.. Lagipun sebelum anak bujang tu tido, camnalah mak dia nak lelap.. Lampu pun tak bagi tutup.. huhu.

Kek ni ditempah oleh jiran jemuran akak. Dengan penuh kasih sayang akak membuatnya... TQ ye su & friend. Misteri fren ni, sebab akak tak kenal.. hehehe!

Su minta kek ni siap2 dibelah 2... 
suspen juga masa belah sebab base dia macam nak pecah lak!

Rupa paras sebelum dituang bluberry.. 

Harap2 menepati citarasa...


July 24, 2013

Biskut Sarang Semut

Petang tadi, tiba-tiba akak nak buat semekut. Padahal sebelum tu dah letak keledek atas tikar. Nak buat inti karipap... Alih2 bertukar jadi biskut sarang semut! Manakan tidaknya... asyik duk terbayang2 biskut sarang semut yang akak share dari Buku Resipi. Penyumbang resepi ialan Linakz Shaari.


Walau baru first time buat sarang semut ni, akak puas hatilah. Sebab berjaya.. Dan yang paling best, Fawwaz hero akak sangat suka. First round, abis 7 biji... 2nd round 7 biji lagi.. hehehe! Tu tandanya menepati citarasanya lah..

Jom layan resipi nya tu..

BISKUT SARANG SEMUT
Sumber resipi: LinaKz Shaari

Bahan2:

225g butter (akak guna buttercup dalam tin tu..)
200g tepung jagung
2 biji kuning telur
125g gula aising
275g tepung gandum
1/2 sk esen vanilla
Chocolate rice untuk hiasan
Paper cup - saiz kecil je

Cara2:

1. Kacau butter dengan gula hingga sebati. Guna spatula saja
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi
3. Masukkan semua tepung. Gaul hingga menjadi doh.
4. Parut doh dalam bekas atau terus ke paper cup (akak parut ke dalam bekas dan sudukan ke paper cup). Isi penuh sikit kalau nak cantik sebab biskut ni tak mengembang.
5. Tabur dengan chocolate rice
6. Bakar dengan suhu 140C selama 20 minit. Sebelum tu, panaskan dulu oven ye!

Rupa bentuk parut yg diguna.. Gambar ihsan Google

July 19, 2013

Durian Crepe & Japanese Cheesecake

Petang tadi deliver DC dan Japanese Cheesecake ke Alor Star. Yang empunya ialah Madi, customer yang dah kali kedua order kat akak. Masa Madi order kelmarin, akak rasa orang jual durian merata-rata. Bila dah ambik order, melilau juga nak mencari durian. Tiba-tiba hilang dari pandangan.. Syukur, jumpa juga akhirnya walau tak berapa mencapai piawaian.. Janji masih elok dan tak buat orang kempunan.. hehehe!


 TQ MADI! 
Walau akak masih belum dapat semula cahaya membuat cheesecake yg naiknya elok macam selalu tu.. huhu! Yang akak pasti, kek ni sedap sebab rasanya sedang2, tak manis sangat macam yang lain.. yayy!!


Lepas tu siapkan pula tempahan DC dari customer baru, Tasya. Adik2 bakal guru kat sini memang antara pelanggan2 awal akak... TQ in advance ya Tasya!  :))



Ikan Kembung Masak Acar

Ini lauk beberapa hari yg lalu.. Baru ada mood nak masuk sini. Tengah rehat selepas menyiapkan kek keju Jepun.. hehe macam tu kot translation dia..


Sejak balik Malaysia yang dah makan tahun, baru ni akak masak acar ni. Macam terlupa pulak ada jenis masakan macam ni.. hehe! Dulu masa kat Bahrain kerap juga buat. Selalunya guna ikan tenggiri.. Tapi sebenarnya, nak guna ikan apa pun boleh..


ACAR IKAN KEMBUNG

Bahan2:

3 ekor ikan kembung
1 labu bawang besar - hiris tebal
3 ulas bawang puting - hiris
1 inci halia
1-2 batang cili - belah tengah
1/2 sudu kecil ketumbar - tumbuk kasar
2 sudu besar cuka
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara2:

1) Bersihkan ikan dan goreng
2) Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan ketumbar, kacau sebentar.
3) Tuang air agak2 tenggelam ikan. Masukkan cuka dan serbuk kunyit.
4) Bila dah mendidih, masukkan ikan dan perasakan garamnya. Boleh ditambah buah tomato atau timun dan carrot.

July 16, 2013

Sepatutnya Sardine Roll... :D

Hari ni cuti masak... Abe takde, jadi buatle sesuka hati.. hehe! Hari ni sepanjang hari cuaca sejuk. Hujan sekejap menjelang tengahari, tapi sejuk dan redup sampai ke malam. Tetiba rasa macam musim sejuk cuma tahap tak gigil yg memerlukan baju panas.

Hari ni saya meronda pekan Jitra 2 mencari tudung dan yang utama, puff pastry. Sebabnya dah tergoda dengan posting sardine puff sahabatku Ani, semalam. Walau rakyat hanya akak sorang, tapi tak dulik. Nak buat jugak. Lagipun sardin masak dah ada tu... tinggal bubuh bawang banyak2. Cuma sayangnya, puff pastry tu tak dijual. Dah cari kat CMart & Ceria, tapi takdak! Huhuhuu... memang tak jadi punya. Dahlah kelam kabut sikit sebab tengah melenggang kangkung, alih2 cikgu Fawwaz hantar text, suruh ambik anak akak yang tak mau masuk kelas sedari pagi tadi. Cikgu risaukan keselamatan dia, main sorang2 kat luar.. huhuhu!

Petang tadi akak tetap mengerjakan sardin tu jugaklah. Ingat nak buat sardine roll, tapi doh tu tak boleh nak rolled. Rapuh ke apa ye.. Akak pun tak pasti. Akak ikut resipi Citarasawan. Sudahnya, nak namakan apa pun akak tak tau. Pastri sardine ka.. hehe! Takpelah, akak tunjuk gambaq ja naa... :D

Baru makan seketoi.. kalau mampu perut ni, sambung sahur esok..


Masih lagi kemaruk makan laksa Johor.. Semalam punya pun tak habis sebab cuma makan sekali. Tadi berbuka, sambung balik makan ni... Baru puas hati. Esok bukak buku menu baru... :P


July 15, 2013

Laksa Johor Express

Dah lama mengidam laksa Johor.. Tapi rasa renyah pulak nak buat dalam keadaan rakyat jelata yg cuma 2 orang.. Fawwaz tolak tepi sebab dia takkan makan punyaa..


Hari ni dapat satu idea.. Sebenarnya bukan idea hari ni, tapi dari sebelum puasa lagi. Cuma hari ni tiba2 nak buat walau banyak benda terutama ulam-ulaman takde.  Kisahnya, ada sebekas kuah laksa Perlis pemberian jiran yang membeku sejak hari pertama dapat. Bukan tak makan dia punya, tapi banyak sangat dan sayang nak buang. Mujur2 tak tahun depan je akak sedar ada benda tu dalam chest freezer tu hehe!

Maka akak pun defrost itu kuah dan buang airnya yang jernih tu. Ambik isi je. Maka proses penukaran warganegara pun bermula. Laksa johor versi kalau rakyat local Johor rasa, tak tau apa komen dorang hihi... Akak pernah buat sekali dulu, guna ikan tenggiri, pastu letak ikan masin kurau bagai.. High class betul laksa johor ni. Tapi kali ni, selain guna kuah Perlis tu, akak tambah lagi seekor ikan kembung yang agak besar.. Akak rasa sedaplah juga hehehe...

Selain derhaka, bahan2 pun main cekup2 je..


LAKSA JOHOR

Bahan2 kuah:

Ikan kembung - rebus dan ambil isi
1 inci halia - ketuk
1 batang serai - titik
2 sudu rempah kari ikan
Santan secukupnya (saya main tuang je sedikit santan kotak)
1-2 keping asam gelugur
Garam dan sedikit gula

Kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu cili kisar (kalau takde, kisar cili kering sekali dgn bahan2 lain)
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih - saya tumbuk dulu jintan dan ketumbar, baru kisar sekali dengan yg lain

Lain2 :
Spaghetti - celur dan tos
Ulam-ulaman seperti timun, tauge, carrot, bawang besar hiris, cili padi, bunga kantan dan lain2.
Tadi, yang saya perlu tapi tak ada ialah bunga kantan... dan kuah asal tu rasanya dah berperisa daun kesum.. :P

Cara2 buat kuah:

Campurkan bahan kisar dengan rempah kari dan serai.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Tuang air atau air rebusan ikan.
Masukkan pula isi ikan diikuti santan, asam keping, garam dan sedikit gula (dlm 1/2 sudu teh je)
Bila dah mendidih dan cukup rasa, matikan api.


Pecel Lele @ Keli dan Hidangan Berbuka..

Selamat memasak semua... Sesungguhnya menyediakan hidangan dengan ikhlas untuk berbuka puasa juga satu ibadah buat kita. Untunglah.. macam2 cara dan jalan nak dapat pahala ni.. Alhamdulillah.

Semalam, selepas cuti masak 3 hari, akak mula berhempas pulas kat dapur.. Cehhh, hempas pulas sangat laa.. Yelah, nak sediakan makanan untuk suami mesti dengan penuh perasaan. Jadi, yang mampu dimasak ialah pecel lele atau masak lemak cekur ikan keli, sayur air bendi, cucoq udang dan badak berendam. Paling suka, menjelang waktu sahur semua pun habis kecuali pecel tu. Sebab memang akak masak extra..


Kalau nak tau macamana masak pecel ni, akak tulis sekali lagi. Dulu2 pun dah tulis... takpelah, exercise jari nah.. :)


MASAK PECEL IKAN KELI (LEMAK CEKUR)

Bahan2:
(versi agak2)

4 ekor ikan keli - boleh tukar kpd pari, talapia, terubuk atau lain2.
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji akar cekur (dalam 2 inci)
6-10 batang cili padi - ikut selera pedas mana
4 helai daun cekur - racik halus
1/2 keping asam gelugur (asam keping)
Santan pekat secukupnya
Garam

Cara2:

1) Bersihkan ikan keli dan goreng. Kalau nak lagi sedap, bakar.
2) Tumbuk bawang, cili dan akar cekur.
3) Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali dan letak sedikit air. Masak sehingga layu.
4) Masukkan santan, garam dan asam keping.
5) Bila santan dah mendidih, masukkan ikan dan daun kecur. Balik-balikkan sebentar dan tutup api.

Rupa pokok kecur tu... 



July 13, 2013

Cerita Petang Hari..

Macam dah lama tak tulis resepi ye? Hehe... prestasi merosot kaedahnya. Sejak masak masa hari pertama Ramadan, akak belum masak bersungguh lagi. Setakat buat karipap tu, idokle payah bercerita ye.. Memang indah hidup ini. Bila big boss takde, maka mem pun boleh cuti masak. Setakat nak makan sendiri dengan anak yang kadang suka dan kadang tak suka makan tu, apa sangat...

Petang tadi akak pi Changlun. X-officemate masa kat CSM balik kampung. So, akak pun melawatla dia sambil2 nak kurangkan kuantiti kek kat rumah ni.. :P  Sambil2 juga mengupdate kawasan GPS manual akak ni. GPS dalam kepala... Shhhh.. talking about GPS kan, akak n hubby selalu gaduh ngan menda tu.. si waze la, google map la.. Jarang nak follow betul2 direction dia. Ada masa kat Ipoh hari tu, nak cari satu tempat. Mesin tu kata "go straight!". Hubby kata "macamana straight pulak? Tu jalan nak terus ke KL!!". So, kami tak follow laa.. Sudahnya, sesat kejap dekk.. Hadoh!!  :P

Tadi kat rumah Ayu, dapatlah akak rambutan seplastik besar. Sedap.. walau kecik, isi tebal dan sesedap rasa. Lepastu, ayah ayu belikan akak popiah idaman. Terharu sangat.. Cuma sampai la ni belum habis makan. Ada lagi 3 ketul. Esok masa teman abe sahur, harap2 boleh makan lagi... hihi.


Nak bagi anak makan kena buat camni... :)


July 11, 2013

COBAANNN...

Sepatutnya akak bersedih sekarang.. tapi tak taulah, macam takde perasaan la pulak. Walau teramat kesal sampai membawa kepada perasaan tubuh badan yang lemah lesu dan macam melayang2. Agaknya semalam akak guna tenaga secara 'all out'! Dari pukul 4 pagi, siapkan lauk bersahur dan siangnya terus-terusan berprojek di dapur sampai ke tengah malam. Sempat juga membasuh pakaian dengan kombinasi auto & manual, menyidai dan melipat.. Complete!! Habis-habisan akak memaksa diri jadi supermak. Ye lah, pagi semalam akak sempat sahur dan tadarus.. lepas tu terpaksa buka awal huhuhu!!

Sambung tugas tu ke pagi ni... Bila dah siap, tetiba apa yang dirancang tak menjadi. Jadi macam sia-sia usaha akak sejak semalam. Letih dan sedih. Tapi, bila akak ulang2 doa "La ila haillah anta. Subhanaka inni kuntu minazzalimin..", lepas tu beristighfar banyak2... akak tak jadi nak sedih. Tak marah. Cuma keletihan yang teramat sangat menjelang waktu berbuka. Walau angkat 2 tangan, tak masak untuk iftar hari ni. Mungkin dapat energy dari nasi kerabu yang abe beli tadi, letih tu semakin hilang. Diikuti oleh secawan nescafe panas dan sekarang mengudap cashewnuts. Tak jadi nak tidur pukul 10 mlm seperti dirancang. Abe sebelum tu dah kata tak caya akak nak tidur awal. Sebab akak pengidap "sleep disorder" menurutnya... :P

Cerita bergambar akak malam ni...

Pagi semalam menyiapkan kek rainbow.. letak filling, sejukkan dulu. Tengah malam, lepas tidurkan Fawwaz, sambung letak topping dan potong cantik. Siap deko, nak posing, entah terusik tangan ke apa (tak sedar..), meluncur kek tu jatuh berdebub atas lantai. Nak menangis, tapi takde air mata... hanya mampu "bang.... bang...", memanggil abe ku yang tak cukup membantu meredakan gundah gulana ni... hehe. Sadis betul!

Selepas kejadian ngeri, tarik nafas panjang2.. Ulang2 baca laila hailla anta... pelan2 akak angkat kek dan redo kerja2 deko. Tak sampai ati nak buang. Alhamdulillah, jadi elok balik. Cuma mengecik je. Mujur kek ni bukan untuk jual. Akak baca ayat tu kot2 akak ni riak tak pasal2 sebab tengok kek akak macam chantek jeee...huhu! Walau tingkatnya tak cantik sebab susah nak adjust, tapi warna tu, seronok tengok...

Dalam tu, sempat juga menyediakan hidangan iftar airtanganku untuk suami terchenta. Tak sampai hati pulak di hari pertama nak suruh beli2.. So, akak pun menjalalah... buat kari ayam sikit, sambal ikan kembung dan sayur kegemaran akak, peria goreng. Terpancar kegembiraan abe bila akak kata nak buatkan roti jala. Akak menjala ni cuma setahun sekali. Bila bulan puasa je.. hehehe.  Lepas tu, jiran selang serumah, hantaq mai gulai kari nangka campoq ikan masin pulak.. Perghh, memang meriah meja kecik kami tu. Terus rasa nak order meja besar sikit... :P
Gulai nangka cik sofi, jiran sebelah... :D

Carrot walnut cake ni buatnya pagi semalam juga, sebelum me'rainbow'... apa punya bahasalah kan.. Siap deko pagi tadi...

 RV cuppies ni baking nya petang lepas siap2 masak lauk dan menjala.. Pun baru pagi tadi siapkan topping.. tak buat banyak pun..

Ingat nak bagi baulu kemboja ni kat jiran tetangga... tapi sebab keletihan dan hilang mood, tak jadi bagi. Akak pun tak tau nak buat apa dengan kuih ni. Sebab akak suka buat je, tak suka makan. Tapi takpe, kuih ni boleh tahan berhari2, tak basi... Especially kalau tak sentuh dengan tangan.

Itulah cerita akak malam ni... Sebenarnya akak buat ni untuk satu tujuan.. Tapi tak tau di mana silapnya, rancangan tak menjadi. Rasa pulak yang akak ni tergesa2 buat keputusan dan percaya kat orang. Mungkin bukan rezeki akak. Takpelah, akak kumpul balik tenaga yang hilang tu.. Setakat perasaan, macam yg akak cakap awal2 tadi, dah takde perasaan apa. Kosong.. gone with the wind. Eheh.. mana ada wind malam ni.. Mungkin zikir, pasrah dan redha tu banyak membantu. Moga2, ada rezeki lain esok hari... amin  :)


July 9, 2013

Air Tanganku, Air Tangan Cik Siti.. :)

Alhamdulillah... hari ni akak maju setapak lagi. Pasal apa? Pasal, akak dah daftarkan nama AIR TANGAN CIK SITI sebagai satu perniagaan dengan no pendaftaran : AS0359673-D.

Sebenarnya dah makan tahun nak daftar nama ni. Tapi baru pagi ni berkesempatan. Pagi2 merempit akak ke Bangunan Perkeso di Alor Star sebab SSM ada kat situ. Dapat parking 1st class, depan pintu je.. Lepas tu, yang nak daftar cuma akak sorang.. Memang SSM pagi ni kosong... kosong... mcm lagu Najwa Latif. Yang buat lama, pasal staff tu tak berapa yakin nak approve nama air tangan tu.. Macam kotoq kot, nak bagi orang makan airtangan hihihi... Dia pun tak minta penjelasan akak. Syukur, semua selesai juga dalam tak sampai 1 jam, termasuk isi semula borang.

Kaedahnya, kalau nak daftar perniagaan ka, syarikat ka, jangan guna dakwat basah atau gel dan yg sewaktu. Kena guna BALL POINT. Dan jangan malas2 guna short form... :D

So, lepas ni bolehlah dengan yakinnya menjual... tak gitu?? Lai lai... mai kue!!!

Akhir kalam, akak ucapkan RAMADHAN AL MUBARAK buat semua pembaca yang senyap2 tu ye.. Kalau nak cari resipi juadah puasa yang mudah2, ada banyak dalam ni.. Entri zaman2 akak berkelana di bumi orang dulu.. :))


July 3, 2013

Durian Crepe... lai lai!!

Mula2 ahkak nak menyatakan kelegaan hati ini.. Sebab drama Teduhan Kasih dah berakhir semalam. Lepas ni akujanji akak taknak mulakan balik aktiviti tengok drama pukul 7. Chehhhh... yo yoo je!

Lepas tu baru nak cerita pasal jualan durian crepe akak yang first time pertama kali. Akak selalu buat untuk rumah sendiri je. Lagipun akak tak berapa nak fanatik kepada DC ni berbanding cheese cake hehe! Ada juga yg nak order masa di KL, tapi akak tak mau buat. Kelmarin, bila ada customer bertanya, tiba2 akak rasa datang seru pulak. Tapi sebab tujuan nak jual, ketaq la jugak tangan melipat tuu.. Yg sadisnya, tinggal 2 biji je patut siapkan order tu. Tapi tak cukup crepe nya la pulak!!! Terpaksa buat drama sambungan.. Mujur tak susah mana pun nak siapkan tu.. Baru 4 pek kan, kalau 40? mau huru hara dapurku... ekekeke!!

Thanks Nadhirah for the order... harap menepati citarasa.