March 30, 2013

Baldu Merah...

Repeat order dari pelanggan lama iaitu 2nd cousin saya Faizah dari Bangi... K.Faizah ni balik kampung mertua minggu ni di Kodiang.. Sambil menyelam minum air la kiranya... :)


 Agak lama tak deko2 kek walau agak kerap baking untuk diri sendiri...


March 27, 2013

Ayam Masak Palembang

Hari ni menghabiskan ketul-ketul terakhir ayam di dalam freezer. Sejak cuti sekolah, belum pergi lagi ke market Jitra. Kiranya hari ni sesi terkorek-korek apa yang ada dalam petisejuk. Nak masakkan en abe dan anakanda tersayang. En abe pulak pagi2 dah keluar sampai tengahari. Jadi tak bolehla nak keluar hanya dengan budak kecik yang anti-sosial tu. Takpelah, masih ada harapan untuk menikmati makanan yang enak... ;)


Jadi, disebabkan semua bahan ada, tadi saya buat masak Palembang untuk pertama kali. Kelmarin nampak resipi ni kat blog Yatimemories versi telur. Macam buat rendang, tapi letak kicap. Macam masak hitam yang selalu buat, tapi ada lengkuas dan serai.. Rasa? Nak tau, buat sendiri... hehehh! Sebenarnya saya pun tak pernah rasa yang orang lain buat..

Jom semak resipi yang saya buat ikut sesedap hati...


AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan2:

5 ketul ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang serai - titik
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugur (opt)
Kerisik
Kicap manis
Garam 
Sedikit gula (opt)

Bahan kisar:

1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Cili kisar (ikut suka)

Cara2:

1) Goreng ayam sebentar sehingga agak kekuningan. Angkat.
2) Menggunakan minyak yang sama, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi
3) Masukkan bahan kisar dan serai. Tumis hingga layu.
4) Masukkan santan, diikuti kicap, garam dan gula. Bila mendidih, masukkan ayam, asam dan kerisik.
5) Masak sehingga santan sedikit pekat.

Kat gambar ni nampak sedikit kering.. Asalnya banyak kuah, tapi menyerap kot.. sebab lambat makannya :P

March 25, 2013

Apam Nasi Inti Kacang


Nama glamernya ialah Apam Salju... Dah lama tak buat apam ni. Rasanya last sekali buat lebih setahun yang lepas waktu sambutan Maulidur Rasul di sekolah Fawwaz. Lepas tu dah tak buat.

Hari ni akak terrrlalu free. Suratkhabar semalam dah habis baca hampir setiap muka. Hari ni pulak tak beli sebab tak keluar. Majalan Harmoni yg tak berapa best pun dah hampir selesai. Tak taulah, kenapa majalah tu sekarang tak menarik minat. Hari tu dah ambik Midi, tapi boleh letak balik, tukar.. aiyakk!!

Dan pagi tadi, akak sempat berbual dengan jiran sebelah yang selalu balik masa weekend dan cuti sekolah je. Memang tak pernah borak pun sebelum ni sebab akak pun bukan jenis berlegar2 kat luar rumah. Jadi, dapatlah ilham nak buat apam nasi ni. Boleh memanjangkan ukhwah gitu.. Memang semangat kalau ada jiran untuk tolong makan. Terutama yang ada anak2 kecik. Samalah rumah dulu, ada cleaners, pak guard dan kengkawan yg kerja dekat2, termasuk sepupu sepapat yang dapat merasa. Jadi taklah boring. Ada projek dapur... ;)


APAM NASI INTI KACANG

Bahan2 (dapat dalam 25 biji):

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil yis kering
Pewarna
Inti kacang (kalau suka)
Acu apam (saya guna acu lompang)

Cara2:

1) Kisar nasi bersama air menggunakan blender hingga halus. Kemudian masukkan gula dan kisar lagi
2) Dalam bekas, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis.
3) Tuang bahan kisar dan gaul sebati adunan tersebut (saya guna hand whisk)
4) Perap selama 3 jam. Setelah itu boleh warnakan ikut citarasa.
5) Panaskan kukusan. Sapu acu dengan sedikit minyak dan kukus sebentar
6) Sendukkan sedikit adunan ke dalam acu. Masukkan sedikit inti. Tuang lagi adunan menutupi inti sehingga 3/4 penuh
7) Kukus selama 15 minit



March 23, 2013

Minum Petang dgn Buah Melaka

Saya dengan anak yg sorang tu je kat rumah ni... Sejak cuti bermula, memang kami berdua je. En Abe pergi sambut cuti sekolah di KL bermula hari ni.. Bila dia takde, akak memang rajin sesangat. Sebab jadual tak berapa padat kihkihkih... Tinggal nak tunjuk gambar je kat dia. Ada orang memang suka jadi macam akak. Ada orang, tak boleh suami hilang dari pandangan... Itu perihal masing2 lah ye! Asalkan bahagia..

Kejap tadi akak baru menyiapkan sepinggan buah melaka keledek. Ada orang panggil onde2.. Kalau housemate lama akak kat Shah Alam dulu panggil "kelopung". Dia orang Kuala Pilah.. Suka akak dengar perkataan kelopong tu! hehehe..


Akak memang tak terima kalau buah melaka ni setakat guna tepung pulut dengan kaler hijo tu. Mesti nak campur sesuatu. Kalau tak keledek, labu... Baru sedap masuk tekak. Cuma kat sini akak terpaksa guna kelapa tua yang dah siap diparut dengan kulit2nya sekali (bukan sabut yee... ngeee). Kalau kat market Sg Besi dulu, ada jual kelapa parut putih je. Kat sini tak nampak pulak. Lepas tu tak mintak. Jadi, jangan banyak komplen! Makan je apa yg ada... Jemputlah ye!!!! Memang tak abis ni. Tak tau nak ajak sapa..  :D



March 22, 2013

Pulut Kuning & Kari Telur


Cita-cita asal nak buat pulut kuning ni masa anniversary + harijadi yg lepas ni. Nak buat pulut kuning & rendang ayam. Tapi tak kesampaian... Nak baking kek chocolate indulgence pun tak jadi.. Jadual masa en abe ada di rumah, amatlah penuh kurasakan. Jadi, tahun ni, takde kek, takde apa2.. Sebenarnya, hampir setiap tahun pun macam tu jugak..hehehhh! Mana pernah nak belah2 kek bagai... Nak celebrate sama pun hampir tak pernah. Janji ada hadiah. Dan akak je selalu ngelat nak bagi dia hadiah.. Bukan apa, akak selalu kecik ati sebab dia macam tak kenan je dgn citarasa akak.. Maklum, era kelahiran tak sama.. ;)

Berbalik kepada kisah pulut kuning... Akak padankan ia dengan kari telur. Ini favourite family akak kat kampung.. Selain pulut dengan sambal, yg selalu dapat undian tinggi ialah makan dengan kari telur. Memang dari akak kecik2 dulu, inilah antara gaya kami makan pulut. Kadang2 juga makan dengan kelapa lemak masin.. nom nom nom!!

Sajalah, nak memeriahkan blog akak... kongsi resipi pulut kuning yg tak seberapa ni. Sebenarnya tak abis makan pun yg kat pinggan tu. Amat mengenyangkan hingga ke tengahari. Dan akak terpaksa bergerak banyak sepagian supaya tak rasa bersalah makan banyak.. :D


PULUT KUNING

Bahan2:
1 cawan pulut
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugur - saya tak letak pun
1 cawan santan dicampur dengan sedikit garam

Cara2:
Rendam pulut yang telah dicuci dengan serbuk kunyit selama 1 jam. Setelah itu, buang airnya dan bilas sekali untuk menghilangkan serbuk2 kunyit yg tertinggal.
Masukkan beras ke dalam bekas untuk dikukus. Saya guna bekas plastik khas untuk kukusan.
Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus pulut setengah masak (lebih kurang 10-15 minit).
Keluarkan bekas pulut dan tuang santan separas dengan pulut. Gaul sikit supaya rata.
Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus selama 15 minit lagi atau hingga masak elok.


KARI TELUR

3 biji telur - atau ikut banyak mana nak guna
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawan putih  - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1/2 inci lengkuas - ketuk
1/2 sudu teh jintan manis - kisar/tumbuk
Cili kisar
Sejemput bilis
Rempah kari
Santan
1 keping asam gelugur
Garam
Gula merah - sedikit je

Cara2:
Rebus telur hingga masak. Kupas kulitnya dan goreng hingga kekuningan
Tumis bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar hingga wangi. Masukkan juga lengkuas dan ikan bilis.
Masukkan rempah kari dan jintan manis. Tuang sedikit air.
Masukkan telur, santan, asam gelugur, gula merah dan garam.


March 20, 2013

Ikan Kembung Bakar

 
Menu tengahari yang panas... disamping nak merasmikan double grill pan yang baru dituai dari kedai Hj Ismail haritu dengan harga yang amat menggembirakan. Perlukan ku bercerita tentang harga grill pan di sini? Hahaha... saja je nak buat selingan.

Ikan kembung kat Jitra ni memang murah. Tak kiralah apa harganya, janji akak suka sangat ikan ni. Ikan yang sangat versatile lagi sedap.. Jom tengok cara mana akak masak kali ni.




IKAN KEMBUNG BAKAR

Bahan2:

4 ekor ikan kembung - lumur dengan garam

Sambal
10 biji cili padi - ikut suka nak pedas mana
1 inci belacan bakar
1 biji tomato
1/2 biji bawang holland (atau bawang besar biasa)
Sedikit garan dan gula
Jus lemon/lime
Daun Ketumbar - racik halus

Cara2:

1)  Bakar ikan sehingga masak
2)  Tumbuk cili, belacan, garam dan gula
3)  Potong dadu tomato dan bawang. Gaulkan dengan bahan tumbuk dan tuang jus limau. Tambahkan air suam jika perlu sedikit berkuah.
4)  Tuang atas ikan yang telah disusun atas pinggan

Akak nak pastikan benda ni betul2 berbaloi.. Sebab harganya tak sampai separuh dari harga pelbagai jenama di pasaran, mahupun di kedai Hj Ismail tu sendiri... Dah lama akak usha yg jenis Ikan la, Vantage la... hehe!


March 19, 2013

Donut Gebu untuk Fawwaz

Hehehe... untuk Fawwaz lagiii.. Sememangnya donut ni request dari Fawwaz. Sejak di Langkawi hari tu dia duk sebut donut. Umminya tahu yg dia nakkan donut macam yg selalu dia buat dalam game iPad tu. Macam dunkin donut yg memang dia suka tapi jarang jumpa. 2-3 menjak ni game tu tak berapa menjadi. Lepas goreng, tak boleh nak angkat masuk tray dan deko. Hahaha... anakku ni memang suka masak kat iPad. Kadang dia masak, deko dan jarinya tap tap tap! tanda makan... dan memang dia macam kenyang. Terus tak minta makan. Mungkin kegemaran ummi dia buat projek di dapur mempengaruhi sedikit sebanyak minat dia.

Kat Jitra ni tak tau mana nak cari donut ala2 dunkin, big apple, bagai tu.. Tak taulah kalau ada di Alor Star. Sebab akak pun tak mahir lagi Alor Star nih... Memang malas nak masuk bandar tu, melainkan ke Giant yang tahap di pinggiran dan dekat dengan highway. Senang nak cari jalan keluar.

Sudahnya ummi buat sendiri. Memang dah lama tak buat.. Sejak duduk sini, baru first time. Dapat lebih 20 ketul. Adalah dalam 15 ketul lagi yg masuk dalam freezer tu. Tunggu kot2 ada request lagi dari dia.


DONUT GEBU

Bahan2 (20 biji ukuran sederhana) :

1 3/4 sudu kecil yis kering
1 oz air suam
1/2 cawan susu segar/full cream - suhu bilik
1/4 gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1/4 shortening
2 1/2 cawan tepung gandum

Cara2:

1)  Rendam yis dalam air suam dalam 5 minit
2)  Campurkan susu, gula, garam, telur, shortening, 1 cawan tepung dan bahan (1) dalam mangkuk. Gaul gunakan senduk hingga sebati.
3)  Masukkan lebihan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli.  Teruskan ulian sehingga doh menjadi halus dan tidak melekat
4) Tutup mangkuk dengan plastik wrapper atau kain lembab dan perap sehingga doh naik 2 kali ganda (dalam 45 minit)
5) Bentukkan donut ikut kegemaran. Jika guna acuan donut, gelek atas papan dalam 1 1/2 cm tebal dan terap.
6) Biarkan dalam 30 minit sehingga naik.
7) Goreng dengan api yang kecil sehingga keperangan.
8) Kalau nak buat frozen, goreng seketika, balik2 kan dan angkat.
9) Golekkan pada gula halus ketika masih panas



SELINGAN

Saja nak cerita... on the way balik dari Langkawi melalui Kuala Kedah, kami singgah makan laksa TelukKechai yg popular mengikut kata hubby... Memang sedap dan menyegarkan walau kuah tu cair dan bening. Mungkin memang style dia kot...

Nama kedai makan tu Zakaria. Akak memang tak amik gambar laksa tu sebab segan, orang ramai... hehehe tau lak segan! Tapi kalau rasa nak makan pelbagai, memang takde la.. Sebab dia jual laksa semata..



March 18, 2013

Ayam Kicap Untuk Fawwaz


Lauk Fawwaz tengahari tadi. Diilhamkan dari majalah Midi yg cover dia Abby Fana a.k.a Kak Bed. Anak akak si Fawwaz ni boleh rasa lauk tu beli ke atau ummi dia yg masak. Dia akan check dulu kat dapur apa lauk dia sebelum setuju nak makan. Kalau beli tu, selalunya dia tak mau makan. Mati selera. Ummi pulak, kadang2 malas nak spend masa di dapur.  Atau bila dah masak, tak berapa nak suka makan masakan sendiri. Lebih nikmat makan air tangan orang. Jadinya, lauk ni dimasak untuk Fawwaz untuk sekurang-kurangnya 2 hari punya serving dan ummi pulak makan lauk beli atau goreng saja telur. Bila abi ada, baru ummi makan apa yg ummi masak... hahaha! Boleh..??!! Macamana anak tak berkerenah... ummi dia yg macam tu dulu.


Apa2 pun, masak kicap kali ni berlainan sikit dari yang selalu akak masak.. Approved by Fawwaz sebab dia amat berselera makan hari ni. Hari tu kat Langkawi, 2 hari dia tak jamah nasi...


AYAM MASAK KICAP

Bahan2:

1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 batang kayu manis
2 kuntung bunga lawang
3 biji buah pelaga
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1/2 keping asam gelugur (boleh juga guna air asam)
2 sudu kerisik (optional)
Minyak

Bahan tumbuk/kisar

1/2 sudu kecil jintan manis (kasar)
1/2 sudu kecil jintan putih (halus)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit lada hitam

Cara2:

1)  Bersihkan ayam dan goreng hingga kekuningan
2) Tumis bahan tumbuk sehingga layu. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau
3) Masukkan ayam dan gaul mesra dengan bahan tumis.
4) Tuang kicap, garam, gula dan asam keping. Gaul rata. Masukkan sedikit air jika mahu sedikit berkuah. Siap!


March 8, 2013

Bahan-Bahan Kek

Saya tidak terlalu meletakkan jenama2 tertentu apabila membuat kek. Saya sekadar menyesuaikan dengan harga kek itu sendiri... Namun bahan2 tersebut masih di dalam kategori yang terbaik untuk menjaga kualiti rasa dan struktur kek. Yang pasti, ada perakuan halal pada bahan2 tersebut.

Antara bahan2 tersebut :-

Cream Cheese & Marcarpone 
Kebiasannya saya menggunakan jenama Mauri dengan pack 2kg, tapi susah pula nak cari gambarnya di google. Mungkin tak glamer, tapi setakat ini saya berpuas hati dengan hasilnya. Apatah lagi apabila dicampur dengan marcarpone. Di kedai bakeri di Jitra ni pun saya tak jumpa produk tu.

Selain Mauri, saya juga gunakan jenama Anchor atau Tartura. Saya jarang gunakan jenama Philadelphia sebab tak mau naikkan harga kek, walaupun ia dikatakan yang paling bermutu dan popular di kalangan bakers... :D 
Whipping Cream
Saya gunakan whipping cream untuk membuat chocolate ganache. Kadang2 saya campurkan sedikit sewaktu mengadun cream cheese untuk menambahkan lemak dan mudah melepa


Mentega
Mentega jenama Anchor adalah favourite saya berbanding SCS. Semua kek saya menggunakan mentega ini. Untuk kegunaan sendiri atau waktu2 tertentu, saya gunakan buttercup. Yelah, nak makan sendiri guna je benda bajet.. atau sekadar untuk testing dari segi rasa dan struktur kek


 Topping Ace/Fresh Cream
Favourite saya ialah jenama Vivo. Sebab dari awal tauke kedai bakeri tu perkenalkan saya dengan yang ini (waktu saya mula nak belajar). Ada juga saya guna Rich's dan Value Pride. Saya guna fresh cream untuk kek rainbow dan durian crepe. La ni boleh buat eskrim yogurt pulak... :)

March 6, 2013

March 2, 2013

Aiskrim Yogurt

Memang belum nak menarik lagi rupa paras frozen yogurt yang akak buat ni... Dapat pula gambar ni diambil selepas berhari2 benda tu bertapa dalam freezer. Kadang tu buatnya memang semangat. Bila tiba masa nak makan, ibarat hangat2 je... Dapat pula selera tengah merudum. Setakat ni, yg belum pernah turun darjahnya nikmatnya ialah air nescafe panas.. Berenti kejap masa akak pregnant dan menyusukan Fawwaz dolu2, pastu sambung balik...

Al kisah si aiskrim yogurt atau frozen yogurt yang akak buat ni... Memang sedap kaedahnya! Boleh menjimatkan belanja siapa2 yang suka makan kat Tutti Frutti atau snogurt tu.. Agaknya lah kan. Akak pun bukan selalu membeli. Mula2 dulu makan masa di Bahrain, bila balik M'sia nampak banyak macam cendawan, tak berapa teringin pulak. Alih2 nak buat sendri.. huhu.



AISKRIM YOGURT

Bahan2:

1 cawan whipping cream/fresh cream
1 bekas (135g) yogurt - perisa kegemaran (saya guna strawberry)
1/4 cawan susu cair/segar - saya guna full cream
1-3 sudu besar susu pekat manis - saya guna creamer manis
Sedikit esen strawberi (ikut perisa yogurt)

Cara2:
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan putar menggunakan mixer hingga kental.
Sejukkan sebentar di dalam freezer sebelum makan. Boleh juga dihidang terus.