January 28, 2013

Pecel Ikan Pari

Masa nak pergi market pagi ni takde lah perancangan nak beli ikan pari. Tapi bila duk meninjau pelbagai ikan kat situ, terutama ikan kembung dan cencaru yg banyak sungguh, tetiba 'ting!'.. masuk message kat otak akak supaya cari ikan pari. Ada satu stall je yg jual ikan pari. Tu pun macam tak menarik. Tapi yang menariknya, akak beli je tanpa banyak bicara.. hehehe!


Jadi, sementelah mokcik akak dah bawakan sepasu pokok cekur yang subur sangat2, akak pun terus fikir nak buat pecel. Dah bertahun2 tak makan pecel pari. Hari tu terliur tengok kak Harlina, senior sekolah duk tayang sambal kencur ikan pari dia. Rasanya lebih kurang kot.. Cuma kalau nama sambal tu, pastinya lebih pekat. Pecel ni pun sepatutnya pekat, tapi memandangkan akan seram dengan santan pekat, disamping menjaga kesihatan en abe yg ada darah tinggi tu, buat yg semi pekat je. Dan guna santan kotak yg tulis 'tiada kolestrol'.. Caya tak caya, pakat2 percaya secara psikologi lah.. hahaha gelak sendiri!


MASAK PECEL IKAN PARI

Bahan2:

2 potong ikan pari (atau yg secukupnya)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
20 batang cili padai (atau ikut citarasa nak pedas atau tidak. Nak sedap, kena pedas)
1 pokok cekur - asingkan ubi dan daunnya
1 cm belacan (optional)
1 keping asam gelugur
1 mangkuk santan pekat
Garam secukup rasa

Cara2:

1) Ikan pari dibakar atau goreng - nak sedap bakar, nak bajet masa goreng je, tp jangan sampai garing sangat.. :)
2) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur (ubinya) dan belacan
3) Daun cekur di racik halus
4) Tumiskan bahan tumbuk dengan minyak yang sedikit, kemudian tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih.
5) Masukkan ikan, daun cekur, santan, asam dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih, biarkan seketika sambil kacau sikit2 supaya tak terlalu pecah minyak. Matikan api.

1 comment:

Mazlin ITHNIN said...

Looks good. Esok nak cuba 😋