Perghh... Nampak gaya akak dah kena sampuk Durian Crepe! Hehehh... Sejak makan cebisan terakhir DC yang akak buat haritu sambil memandu di pagi raya yang hening. Sebab takut hilang sejuknya, sebelum dan selepas melepasi tol Kesas tu, akak ngap DC tu secara berhemah. Dan ianya habis bila dah sampai RnR Elmina... Akak ni sebenornya slow eater.. Sopan je kannn makan. Berkilometer baru habis makan seketul. Tapi memang akak rasa benda ni sedapnya bila dah berlama2.. Masa mula2 makan dulu, agak biasa2 je perasaan. Masuk hari ke2 dan 3, baru terasa nikmat.
Petang tadi saya mencoba 2 resipi crepe yang saya search dari internet. Kalau haritu saya guna resipi yg digunakan oleh Azlita yang menggunakan santan, tadi saya guna resipi dari facebook (Jom Masak) dan yang satu lagi tu dari blog Liana Hobby. Yang pasti kesemua resipi yang saya guna ni berlainan antara satu sama lain. Saya suka resipi Liana yg menggunakan 4 jenis tepung tu (kurang setepung je kot dari resipi bzee bakery sifu DC yang fofular tu...). Takpelah, untuk yg berkira atau susah nak gi kelas, boleh je guna ni. Saya ni pun memang susah nak gi kelas, sebab banyak kekangan yang tak perlulah nak digembar-gemburkan.. hehe! Jangan pula marah2 kalau minta kat orang yg dah pernah attend kelas dan dorang tak bagi resipi.. Dorang bayar mahal beb!! Dan dorang tu kebanyakan buat bisnes.. Buat macam akak ni, searching n searching.. Usaha tangga jaya.. :P
Oklah.. untuk sesiapa yang teringin nak cuba, marilah kita tengok apa yg ada neh.. Saya guna bahasa sendiri je, bukan CnP bulat2. Senang kalau nak buat lagi nanti..
DURIAN CREPE
RESIPI 1
Bahan2:
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula halus
1 biji telur - kacau
40 ml susu cair - saya guna susu full milk
160 ml air
3 sudu kecil mentega - dicairkan
1 sk esen vanilla - lain kali nak kena kurangkan atau tengok vanilla jenama apa.. :)
Pewarna ikut citarasa - saya guna kuning telur
Cara2:
Ayak tepung terlebih dahulu.
Masukkan gula halus, telur, susu dan air. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan mentega cair.
Kacau sebati dengan whisk atau boleh juga blender. Kemudian ditapis.
Panaskan non-stick pan (saya guna jenis yg leper). Untuk permulaan lenser dengan mentega dan tak perlu untuk crepe yang kedua dan seterusnya sebab dah ada butter dalam adunan.
Kecilkan api dan tuang satu senduk batter (adunan) ke atas pan. Tak perlu diterbalikkan. Masak 1 permukaan je.
Adunan ni agak cair dan agak sukar untuk saya membentukkan crepe menjadi bulat elok dengan menggoyang2kan pan. Jadi, bab ni kenalah ikut kepakaran masing2 ye... hihi!
RESIPI 2
Saya hanya membuat separuh adunan dari resipi di bawah dan membuat sedikit adjustment terhadap adunan tersebut. Ianya menghasilkan 11 keping crepe. Adunan ni bagi saya sedang2 elok dan mudah dibentuk.
Bahan2:
100g tepung superfine / gandum
50g tepung naik sendiri
15 g tepung ubi
25g tepung jagung
400g susu segar
1 biji telur
2 sudu besar butter cair/minyak
1/2 esen vanilla - saya guna yg serbuk
Cara2:
Campur kesemua bahan tepung.
Masukkan susu dan gaul dengan whisk.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Akhir sekali masukkan mentega cair. Tapis.
Perap selama 1/2 jam.
Cara memasak adalah seperti di atas.
FILLING
Isi durian secukupnya
Fresh cream atau non-dairy whipping cream yang telah dipukul hingga kental dan bertanduk.
- Ikut kreativiti masing2 nak buat presentation lagu mana.. Kali ni saya gaulkan kedua2 durian dan fresh cream, baru bungkus dengan crepe. Jadinya cream tu pun rasa deroyan.. sedap yong!!! Rasa eskrim deroyan pun ada..
Esok pagi nampaknya bekfast durian crepe le teman... Alhamdulillah!
********************************
Edited : Antara gambar peristiwa, sewaktu proses mengerip.. :D
Kekadang bertanduk2.. Sila kemaskan, potong ke apa...