Pages

March 31, 2012

Orders for Kek Span Pelangi :)

Rabu dan Khamis lepas saya telah berjaya menyiapkan 3 biji kek rainbow - 1 untuk family sendiri dan 2 tempahan dari kawan2.  Memang seronok buat kek ni.. sebab boleh bermain dengan colors.  Suka sangat tengok warna-warni tu.. THANK U Shima, Zana & Fidah for the orders!  Nanti aku buat free sampel untuk kek lain pulak yeh..! hehehe... Jangan lupa, order VeMMA jugak.. kihkih!

Sebelum tu, harap maaf je lah.. date kat gambar tu semua tak betul..  Semua tulis thn 2004.  Maklum guna kamera lama yg dikeluarkan semula dari tempat persembunyian.. Malas pula nak tukar2 setting tiap kali buka.. M juga nak edit gambar tu..  huhu!

1 layered dengan choc ganache
 

2 layered dgn cream cheese
 
 Simple deco je... belum cukup ilmu :)

March 28, 2012

Char Kuey Teow

Tak tahan sangat tengok char kuey teow kawan akak si Atie yg tayang kat fb kelmarin... dengan kuahnya yg membanjiri kuey teow tu.. pergh! memang aku tergoda.. aku tergoda terkeciwa..  Maka pagi ni pun akak carilah bahan2 tu kat supermarket.  Tak kiralah, walau akak sorang je yg nak makan. Hehe.. bila en abe ada, tidakle pulak datang kerajinan tu.  Asyik bagi dia menu tak best je! Ya ampunn..

Resipi pun seperti yg di 'describe' oleh Atie tu.. Cuma kuantiti bahan tu kenalah agak2 ikut isirumah, ye tak? Simple je.. tp sedap.  Rasa dah setaraf dengan CKT Pak Din yg selalu saya beli dulu.. (Sekarang dah tak beli sebab timing dia selalu tak match dgn akak).


CHAR KUEY TEOW

Bahan2 (hidangan 1-2 orang) :

1/3 paket kuey teow - cuci dulu
2 ulas bawang putih
1-2 ulas bawang merah (ikut saiz)
2 sudu besar cili kisar
Cili padi (opt)
Udang segar - ikut citarasa nak byk mana
3 tangkai kuchai
Segenggam tauge
1 butir telur
Kicap pekat/manis - saya guna kicap manis
Air secukupnya
Garam dan gula (ikut citarasa)
Serbuk perasa (opt utk yg tak suka)
Minyak utk menumis

Cara2:

1)  Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar atau tumbuk, juga cili kisar.  Tumis hingga wangi.
2)  Tuang air dan kicap dan biarkan sehingga menggelegak. Air tu agak2 la tenggelam dan basah kuey teow tu.
3)  Masukkan udang, kucai dan kuey teow.  Kacau seketika.
4)  Pecahkan telur ke dalamnya untuk memekatkan.  Kacau rata.  Perasakan dengan garam, gula dan perasa.  (saya masukkan lebih kurang 1 sb gula dan 1 sudu kecil penuh garam)
5)  Akhir sekali masukkan tauge dan matikan api..

March 23, 2012

Pasta Carbonara & Pizza Hut


Anak saya si Ahmad Fawwaz tu memang penggemar Spaghetti Creamy Carbonara yg dijual di Pizza Hut tu.  Kalau dia mula tak selera makan, saya akan order satu utk dia.  Maklum, hingga kini saya tak reti nak buat yg berperisa macam tu.  Dan saya rasa lebih ekonomikal beli, sebab untuk dia sorang je.

Kebelakangan ni dan dah berapa kali beli di restoran Pizza Hut di Seri Petaling, saya dapati rupa paras pasta ni berubah.  Aksesorinya bukan lagi mushroom, daging ayam dan mixed vege macam selalu tu.  Totally berubah! Cuma ada kepingan chicken ham (mungkin ini namanya).  Well! OK.. takpelah kalau dah ubah.  Mungkin nak cut cost..

Beberapa minggu lepas, saya ke Sek 7 Shah Alam dan order pasta ni juga.  Terkejut mak!  Rupanya masih original macam yg dulu2.  Dengan cendawan shitake, kepingan daging ayam yg lembut, sayur dan sungguh creamy.  Saya sungguh keliru!  dan saya buat budak2 staff pizzahut tu sama keliru dengan statement terkejut saya.  Hehe!  So, saya buat kesimpulan yang Pizza Hut dan PHD (Pizza hut delivery) tu serupa tapi tak sama.  Menu/resipi dah lain2.. Atau yg di Seri Petaling tu je yg SUDA TUKA.

Maklum laa... tadi dalam terpaksa, saya singgah juga ke situ.  Tak serik, walau yg terakhir beli haritu, budak tu kasi pasta yang salah masa beli walk-in (sedarnya di rumah).  Sampai diorang terpaksa bagi satu free dan hantar ke rumah.  Sebabnya, Fawwaz cuma makan pasta bukan isinya.. Isi tu mak yang selalu bedal.  Hehe... Hari ni mak malas masak dan nak treat Fawwaz ngan pasta kekononnya.

Tapi kan... MEMANG CONTINUOUSLY FAIL restoran PHD yg di SERI PETALING tu.  Mula masuk, panas dan gelap takde aircond.  Berdiri tercegat kat situ, nobody ambik order.  Manager ke belakang pun, takde sapa datang.  Dia suruh tunggu sat!  Tapi akak mcm nak hangat, terus keluar.  So, hopefully kalini terus merajuk tak singgah situ.  CONFIRM!  Dorang ni ada masalah...

Kalau akak rasa teringin nak makan juga, akan ku drive sampai ke Seksyen 7 Shah Alam.. Rasanya ada semangat sikit kat situ, by first impression.  Harap2 dorang tak ubah attitude macam yg di sini.

March 18, 2012

Kek Span Pelangi

Rasanya dah makan tahun orang demam Rainbow Cake kan... akak je baru ada kesempatan buat hari ni.  Selepas entah berapa lama resipinya beratur dalam waiting list.  Yelah, mood ni kejap nak buat kek, kejap nak kukus2 kuih, kejap nak goreng2...mmmm!  Dan tiap pertukaran mood tu, RV juga yg selalu dapat tempat.

So, sempena birthday dan anniversary akak semalam (17 Mac), akak pun baking la hari ni kek yg happening sket.  Sian kan... dah lah kena buat sendiri, lewat sehari pulak huhuhu..  Sebenarnya, semalam akak baru balik dari kg yg ambil masa lebih 3 jam perjalanan.. Rehat kejap kat rumah, keluar lagi ambil hubby kat Subang Airport.  Malam makan kat luar.. fenat fenattt...  Pagi ni lak gi Taman Orkid dulu, balik baru gigih ku mem'baking'.  Semangat, nak jugak buat!!!  Alhamdulillah, chantek kejadiannya.. walau aku menderhaka terhadap resipi orang.. :P

  
Kek Span Pelangi
Rujukan: HaSue
Olah semula: Cik Siti

Bahan2:

150 g tepung superfine
150 g gula halus (saya guna gula ising)
6 biji telur saiz M
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu besar ovallette
80 ml susu segar
80 ml mentega cair/minyak masak
Pewarna - kuning, hijau, ungu, oren, pink (ikut citarasa lah.. asal colorful)

Cara2:

1)  Satukan tepung, gula, serbuk penaik, ovallette dan telur dalam bekas.
2)  Pukul/putar dengan kelajuan maksima sehingga adunan menjadi pekat dan gebu (dalam 5 minit)
3)  Masukkan susu segar dan putar lagi dengan kelajuan maksima sehingga adunan menjadi ringan
4)  Tuangkan mentega cair dan gaul hingga benar2 sebati menggunakan senduk kayu, spatula atau tangan.
5)  Bahagikan adunan kepada 5 - 6 bahagian.  Satu cawan setiap bahagian (saya cuma dapat 5 cawan/bahagian je)
6)  Warnakan setiap bahagian dengan perwarna.. kalau nak yg cantik dan terang, letak banyak2 sikit ye adik2.. :)
7)  Sebelum tu panaskan oven 160C...
8)  Oleskan loyang (ukuran 8 inci) dengan mentega dan lapik dengan baking paper.  Masukkan adunan... Bakar selama 10 minit atau hingga kek masak.  Kalau muat, masukkan 2 loyang sekali dalam oven.
9)  Bila dah masak, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan atas redai atau ikut kebiasaan kita.. buka pelan2 kertas alas.  Biarkan sejuk sebelum tugas2 mendeko

P/S:  Untuk deco, resipi asal guna whipping Cream.  Tapi sebab saya suka cream cheese, saya suka2 tuko.  Ingat nak letak kat tengah2 whipped cream juga.. tp WC yg saya import dari Bahrain tempohari tak menjadi soft peak..ampeh! Terus saya tukar ke buttercream (bajet cream cheese tak cukup hehe) dan letak blueberry filling ala2 je... nak tgk rasa.. :P


Deco - Cream Cheese

500 g cream cheese
30 g mentega
1 1/2 cawan gula ising (kalau nak kurangkan 1/2 cawan tu pun OK)
1 sudu besar susu segar atau whipped cream (opt)
1 sudu besar lemon juice (tak bubuh pun takpe)

Cara2:

1)  Pukul cream cheese dan mentega sampai gebu.  Masukkan gula ising dan bahan2 lain, dan pukul lagi dengan kelajuan maksima sehingga gebu
2)  Sapu pada lapisan atas dan sekeliling kek ikut kreativiti memasing ye..
*********************

March 14, 2012

Projek Semalam

Dah lama akak tak buat projek percubaan di dapur dan update blog airtanganku ni.  Sejak minggu lepas duk sibuk dengan Vemma... proses mengenali produk :D  Minggu ni pulak, ulang-alik ke kampung/KL..

Malam tadi, sekembalinya dari mengeteh dengan best friend forever Ita (ramai kan BFF akak.. alhamdulillah) di Rawang yang semakin pesat membangun, saya pun mula menghuni dapur kecil tu. Itupun selepas selesai semua perkara... Lapang sikit bila Ahmad Fawwaz takde, kena tinggal di kampung sejak Isnin lepas.  Tapi mak ni rindu banget... huhu!  Takpe, sat lagi dah nak bertolak ke kampung semula..

Malam tadi sempat menyiapkan tempahan karipap frozen (yg tak sempat frozen pun, sekadar sejuk2 manja..) untuk sepupu dan buat muffin untuk dibawa ke kampung.  Selesai semuanya dekat pukul 2 am... zzzzzz :D

***************************************
Muffin guna tepung segera yg beli di kedai bakery supply tu... sedap juga rupanya

Karipap - yg penuh kasih sayang.  Mengelim karipap ni boleh dijadikan terapi.  RM3.80 untuk 10 biji... murah kan?  Ini projek dari hati, takpelah kalau murah...

Ternampak gambar ni.. tepek sini sekali.  Kek Opera ni bila dah tinggal sikit dan lama di fridge, memang sedap sangat jadinya... So, ada plan nak bikin lagi.  Tak jadi nak merajuk hehe...

March 7, 2012

VEMMA..

Hari ni akak nak masak IKAN BAWAL 3 RASA atas permintaan en abe.  Yelah.. en abe bukan selalu kat rumah.  Sesekali kena order ala-carte.

Hari ni juga akak nak cerita pasal produk baru akak hehehe.. Memang never give up!  Bukan apa, setelah memikirkan yg dunia pekerjaan di ofis bukan milik ku, kena isi masa dengan perkara yg lebih berfaedah.  Mudah-mudahan mendatangkan hasil kann.. Wahh!! Berangan2 akak.. Ish idak lah!! Orang kata THINK BIG DREAM BIG (cnp kata2 sifu ku).

Orang sekarang ramai sangat yang teringin nak duduk di rumah jaga anak dan keluarga.  Tapi memikirkan soal wang, tak jadi.  Saya dulu pun tak terfikir akan lama duduk di rumah sehingga kini.  Fikirnya, setahun dua je.  Bila dah sekarang ni, tentu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan selain nak cari kerja.  Paling tak sampai hati tengok anak.  Bukan memanjakan sangat, tapi perasaan bersalah untuk meninggalkan dia dengan orang lain tu di luar waktu sekolah.

Maka saya kaji apa peluang yang saya boleh ambil. Sebenarnya memang banyak.  Nak atau tidak je.  Saya cuba satu persatu.. Saya subscribe banyak benda terutama yang berkenaan dengan 'Kerja di rumah'.  Adalah juga ilmu yg didapati tapi tak berapa cukup.  Saya teringin nak mengikuti kursus2 tertentu, tapi agak sukar.  Siapa nak jaga anak nanti?  Itulah yg mesti saya fikirkan.  Saya gali lagi peluang2 lain di hujung jari ni..

Akhirnya saya ambil keputusan menghubungi salah seorang sifu di Vemma yg dulu saya pernah berhubungan. Saya nak memulakan semula!  Saya dah fikir positif dan negatif.  Hujung2 saya ambil yg positif.  Memang ada pandangan negatif, tapi kalau kita ikutkan, tak kemanalah kita.  Sedangkan ramai mereka2 di luar sana yg berjaya dengan skim Vemma ni.  Semalam saya mulakan langkah dengan PAKEJ KESIHATAN atau DIAMOND.  Saya berdoa Allah permudahkan saya untuk melaluinya kerana pelaburan ni agak besar juga.

Yang penting, saya tidak perlu selalu keluar rumah untuk mencari pelanggan.  Ini adalah produk yg kita beli untuk kegunaan sendiri, alami pengalaman menggunakannya, ceritakan dan siapa2 yg berminat, dan sapa nak beli kena jadi ahli juga.  Segalanya boleh dilakukan di hujung jari, dengan komputer dan internet.  Ada sistem auto responder yg membantu dikenali sebagai VemmaBuilder.  Lepas tu ada 8 bonus menanti kita.  Tapi... kenalah bekerja sikit.  Bukan nak tunggu duit turun dari langit.  Bukan skim cepat kaya.  Sekali kita dah dapat paling-paling 2 orang downline, InsyaAllah.. semakin terang jalannya.  Itulah kata2 dari sifu tu.  Sememangnya sepanjang berbincang, bertalu2 BBM dia masuk.  Dua2 HP duk berbunyi je.. Memang sibuk dan masyuk.  Seronok laa.. dia pun nampak relaks je.  Yelah, downlines pun dah beribu... Jangan tanya income dia.. Saya boleh cakap "WOW" je! dengan tanpa perlu ke sana-sini buat promosi.

Sangat banyak kelebihan Vemma ni dari sudut kesihatan dan juga perniagaan.

Nak tau dari sudut KESIHATAN klik SINI..

Nak tau dari sudur PERNIAGAAN klik SINI..

OKlah.. akak nak berundur ke dapur.  Tapi idakle nak jalan mengundur.  Nak buat nescafe sat... hehe

March 2, 2012

Red Velvet 3

Lalala... mabuk RV.  Pagi ni dengan perasaan seperti nak gastrik menyiapkan RV ni untuk BFF saya di CSM, Yati.  Walau asalnya akak tak sanggup, atas galakan dan kesanggupannya untuk redha, maka akak siapkan juga tempahan dia ni.  Special untuk si anak yg bernama Anastasia xxx.  Nama si kecik tu agak glamer, sukar akak nak ingat hehehh!!

Selalu yg saya dok pukul canang kata sedap tu guna resipi lain.  Yang ni, sebab nak yg terbaik, saya cuba resipi baru yg saya pasti lebih sedap berdasarkan testimoninya.  Very soft, moist and fragile.  Satu tahap saya nak nangis tengok satu lapisan tu tercacat dek kecuaian saya.  Mujur boleh ditampal macam jalanraya tu.. Sebabnya saya buat 2 adunan dgn resipi berlainan.  Yg satu lagi tu resipi biasa, tukar tepung je.  Tapi laaagilah fragile!  Hancur lebur hati saya melihat kehancuran kek ke-2 tu... Mujur si Fawwaz masih suka lagi.. malam, pagi, tengahari nak kek juga.. lagi demand, nak letak juga cream cheese ala2 letak macam sos.  Kek hancur tu juga saya buat sebahagian bahan deco hehe..

 deco vodo-vodo je.. tak kreatif sgt.  Nak buat swirl pun tak pass.. belum kira accident sini sana.. tertonyoh kek la.. terkena apron la.. nervous tak tentu hala kahkah!

Red Velvet Cake v3
Resipi asal: Blog Nina Suria
Olahan semula : Siti

Bahan2:

5 biji telur gred B
250 g mentega beku tanpa garam
2 cawan gula kastor
1 sk vanilla ekstrak (saya yg tambah)
* 3 cawan tepung naik sendiri
* 3 sudu makan koko Vochelle (saya guna koko biasa je)
4 sudu makan pewarna red bright (saya guna 3 sudu besar - next time nak guna 1 botol terus mcm selalu)
1 cawan buttermilk (saya guna 1 cwn susu segar + 1 sudu besar jus lemon atau boleh juga guna cuka.  Kacau sikit dah tunggu dalam 10 minit)
1 sudu teh garam (saya letak dalam 1/2 sk je kott)
1 sudu makan bicarbonate of soda (saya guna 1 sk je)
1 sudu makan cuka makan (saya guna 1 sudu besar)

Cara2 (ini ikut version saya lah!):

1)  Panaskan ketuhar 170 C (yg asal 180C)
2)  Ayak bahan kering (*) menjadi satu bahagian.  Saya ayak dalam 3 kali supaya betul2 bercampur
3)  Pukul mentega dan gula hingga kembang
4)  Masukkan telur sebiji demi sebiji.. pukul dgn perlahan.  Bila dah sebati baru guna speed kuat sekejap.
5)  Masukkan pewarna ke dalam buttermilk dan kacau rata dgn perlahan
6)  Masukkan 1/3 dari tepung ke dalam adunan.  Pukul dgn speed perlahan hingga sebati
7)  Masukkan pula 1/2 bahagian buttermilk.  Pukul perlahan lagi hingga sebati.
8)  Ulangi step 6 & 7 sampai habis.  Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung juga..  Pukul hingga kembang dan ringan.  Gunakan spatula untuk memastikan tepung yg di tepi mangkuk bercampur sekali.  Boleh naikkan sikit speed mesin tu.. Matikan pengadun dan ketepikan.
9)  Larutkan soda bikarbonat dan cuka hingga keluar buih2.. Masukkan ke dalam adunan kek.  Kaup balik menggunakan spatula hingga adunan sebati
10)  Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian (jika rasa was2 nak membelah nanti kerana kek ni sangat lembut teksturnya).  Kalau ada oven yg besar, boleh masukkan sekali 2 loyang bulat bersaiz 8" - satu loyang, satu bahagian..  Kalau takde, bolehle seloyang-seloyang, sampai habis.. moga2 elok je kejadiannya hehe.. (atau kalau sanggup membelah, masuk je sekali..)
11)  Kalau buat macam step 10 iaitu dibahagikan kepada 3-4 loyang, bakar dalam 25-30 minit dengan suhu 170C
12)  Sejukkan kek... baru keluarkan ke atas redai.  Hati2, takut pecah... keciwa tau nanti!

Cream Cheese Frosting
(versi yg selalu saya guna)

Bahan2:
500g cream cheese (tak kira jenama asal tulis halal eg. Philadelpia, Anchor, Tatura, dll)
1/2 cawan mentega
1 sk vanilla ekstrak
2 cawan gula ising
- saya suka tambah sedikit lemon juice biar masam sikit dan kadang2 1 sb fresh milk atau whipped cream

Cara2:
1)  Dalam mangkuk, pukul cream cheese dan mentega hingga kembang.  Masukkan vanilla ektrak dan sedikit demi sedikit gula ising.  Pukul sehingga kembang dan boleh salutkan pada kek.
2)  Mulakan dengan membuat layer... sapukan di atas kek pertama, letak kek kedua (tekan2 sikit), sapu lagi cream cheese... dan seterusnya.. Kalau setakat 2 lapis, mewah sikitle cheese kat tengah2 tu.. kalau 3-4 lapis, kena berjimat sket :D
*******
Tebal sikit kot keknya.. first time guna resipi ni, byk sikit adunannya.  
Rupa tak berapa menarik sbb guna kamera HP je.
Berat keseluruhan lepas frosting + board = 1.94 kg :D
 Di bawah ialah bahagian Fawwaz si pencinta RV juga... kejadian yg hancur lebur.
Akak nak salahkan tepung naik sendiri tu :(
Tapi tetap sedap terutama bila ada cream cheese tu